Di dalam atau luar rumah, semuanya tak selamat
Di dalam atau luar rumah, semuanya tak selamat
Gaza: “Kami dilema… takut untuk tinggal di rumah jika bom mengenai kami dan bimbang juga untuk bergerak keluar sebab terdedah dengan sasaran pengeboman Zionis,” kata Abu Ali Al Zaeem, seorang penduduk kejiranan Al Karama di Gaza.
Itu dugaan besar dihadapi penduduk Gaza yang terdesak untuk meninggalkan rumah mereka ketika pesawat pejuang Israel menyasarkan kawasan itu pada Selasa lalu.
The National News melaporkan keseluruhan blok bangunan di situ runtuh di Gaza pada pagi Rabu lalu, dengan pegawai Gaza berkata, lebih 1,000 orang termasuk ramai orang awam terbunuh dalam serangan udara dan artileri Israel ke atas kawasan Palestin.
Ini berikutan serangan mengejut oleh Hamas ke atas kawasan Israel, pada Sabtu lalu.
Rabu lalu, tentera Israel mendakwa 1,200 mayat sudah ditemukan, termasuk ramai orang awam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rakyat Sedang Menderita, Menteri Syok Yam Seng
- Cuba Halang Bahas Isu Palestine, Apa Yang Takiyuddin Mahu Buktikan?
- Mungkinkah Sanusi Terlibat Dalam Skandal Beras Kedah?
Ramai penyokong “Bossku” tidak suka Khairy temui “Bossku” dimahkamah.
Di Al Karama, ketika tengah malam Selasa lalu, orang ramai berjalan di jalan raya dengan teriakan bersahut-sahutan meminta ambulans segera dikejarkan ke lokasi serangan, manakala yang lain merayu bantuan.
Golongan bapa kelihatan memegang anak mereka yang sedang tidur. Kumpulan ibu yang hanya membawa barang-barang penting.
Individu lain melambai ke arah kenderaan yang lalu-lalang, terdesak untuk melarikan diri dari kawasan penempatan untuk pergi ke pusat bandar Gaza.
Seorang penduduk Abu Ali berkata, dia tidak dapat menghubungi saudara-mara melalui panggilan telefon.
“Ia sangat mengerikan. Dentuman pengeboman membuatkan saya percaya bahawa kelangsungan hidup adalah satu keajaiban,” katanya.
Penduduk tua dan orang kurang upaya (OKU) juga terpaksa dipindahkan ke kawasan yang difikirkan selamat.
“Saya tidak boleh berpindah dengan berjalan kaki kerana ibu bapa saya tidak boleh berjalan. Mereka sudah tua dan sakit,” kata Al Zaeem, 48, kepada The National. Dia tinggal bersama isteri, anak dan ibu bapanya di kawasan Al Karama di Gaza.
Dua hari sebelum ini, abangnya yang tinggal di kem Al Shati di tengah Gaza, berpindah untuk tinggal bersama keluarganya, selepas kawasan itu menjadi sasaran serangan kejam Zionis.
Al Zaeem meminta anak dan abangnya untuk membawa ahli keluarga yang lain cuba berjalan sehingga mereka menemukan tempat yang selamat, sementara dia tinggal di Al Karama bersama ibu bapanya bagi melindungi orang tuanya itu.
“Tembakan senjata berat ‘melumpuhkan’ semua orang,” katanya sambil menjelaskan walaupun mereka takut untuk pergi ke tempat terbuka namun mereka akhirnya terpaksa meninggalkan rumah.
Di dalam atau luar rumah, semuanya tak selamat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Aset 1MDB Jadi Dana Parti Dalam PRU15?
- KJ & Ismail Sabri Jumpa Najib Untuk Keringkan Peluh Siapa?
- Saksi Pendakwa Enggan Jawab Soalan Peguambela Najib
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Ramai penyokong “Bossku” tidak suka Khairy temui “Bossku” dimahkamah.