Mahathir Label HAMAS Sebagai Pengganas

Mahathir Label HAMAS Sebagai Pengganas

Mahathir Label HAMAS Sebagai Pengganas

Mungkin ramai yang sudah lupa, mantan perdana menteri sebanyak dua kali, Dr Mahathir pernah melabelkan mujahidin HAMAS sebagai pengganas.

Beliau menyatakan dengan jelas dalam surat yang beliau tandatangani untuk dihantar kepada Muhyiddin Yasin yang ketika itu adalah Menteri Dalam Negeri.

Mahathir Label HAMAS Sebagai Pengganas



Ianya berikutan desakan dari DAP yang mahu supaya kumpulan LTTE yang telah disenaraikan sebagai kumpulan pengganas dikeluarkan dari senarai tersebut.

Surat yang bertarikh 12 Februari 2020 itu dengan jelas membuktikan Dr Mahathir menganggap kumpulan HAMAS sebagai kumpulan pengganas.

Beliau juga telah mengarahkan agar Muhyiddin mengeluarkan LTTE dari senarai kumpulan pengganas yang tidak dibenarkan masuk Malaysia.

Dan tujuan utama mengapa arahan itu dibuat adalah supaya 2 orang ahli politik yang didakwa sebagai penyokong LTTE boleh dibebaskan dengan ikat jamin.



Mahathir Label HAMAS Sebagai Pengganas

Ironiknya, dalam Wacana Sinar Harian baru-baru ini, Dr Mahathir telah membuat ‘u-turn’ yang maha dahsyat.

Dari melabelkan HAMAS sebagai kumpulan pengganas, Dr Mahathir telah menyatakan sokongan 100% kepada kumpulan HAMAS.

Kenyataan terbaru dari Dr Mahathir boleh memberikan 3 tafsiran kepada kita semua.



Pertama, adakah beliau kini sudah menyokong HAMAS yang beliau pernah anggap sebagai pengganas dan sama seperti LTTE?

Atau mungkinkah ini adalah bukti yang sangat nyata betapa munafiknya manusia yang bernama Mahathir Mohammad sehingga sanggup menunggang apa sahaja untuk kepentingan peribadi?

Paling menghairankan penulis adalah, masih ada lagi manusia yang percaya dan menaruh keyakinan penuh kepada manusia yang bernama Mahathir Mohammad.

 



Mahathir Label HAMAS Sebagai Pengganas

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button