Lebih 1.6 juta kanak-kanak kurang nutrisi, Sudan Selatan paling terjejas

Lebih 1.6 juta kanak-kanak kurang nutrisi, Sudan Selatan paling terjejas

Lebih 1.6 juta kanak-kanak kurang nutrisi, Sudan Selatan paling terjejas
GAMBAR HIASAN

Geneva: Program Makanan Sedunia (WFP) pada Isnin memberi amaran lebih 1.6 juta kanak-kanak di bawah umur lima tahun dijangka mengalami kekurangan nutrisi makanan atau malnutrisi pada 2024 dan kanak-kanak di Sudan Selatan paling teruk terjejas.

Memetik data Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC), WFP dalam satu kenyataan berkata kawasan terjejas banjir mengalami kekurangan nutrisi makanan yang teruk akibat penularan penyakit bawaan air dan keadaan sesak.

Keadaan itu diburukkan lagi oleh akses terhad kepada makanan dan sumber pendapatan.



Akibatnya, wilayah terjejas banjir di Sudan Selatan dijangka menghadapi tahap malnutrisi yang ekstrem pada separuh pertama tahun 2024, kata agensi itu, lapor Agensi Anadolu.

“Inilah realiti kehidupan…Kami melihat peningkatan yang sangat membimbangkan dalam kekurangan nutrisi makanan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Zahid Beri Bayangan Sudah Sampai Masanya Najib Kembali




“Penularan penyakit bawaan air menjejaskan usaha dilakukan oleh agensi kemanusiaan dalam mencegah dan merawat kekurangan nutrisi makanan dan kanak-kanak yang paling teruk mengalami kesannya,” kata Pengarah Negara WFP di Sudan Selatan, Mary-Ellen McGroarty.

Sementara itu, McGroarty berkata daerah Rubkona di Sudan dijangka berada dalam IPC Acute Malnutrition Phase 5 menjelang April 2024 buat kali pertama.

Banjir disebabkan oleh limpahan lembah Sungai Nil, terutamanya Tasik Victoria yang menerima hujan melebihi purata pada 2023, bermakna banjir besar itu tidak mungkin surut, menurut WFP.

Lebih 1.6 juta kanak-kanak kurang nutrisi, Sudan Selatan paling terjejas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Penyokong palsu Najib Gagal lagi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button