Israel bom sekitar hospital

Israel bom sekitar hospital

Israel bom sekitar hospital
Seorang lelaki mencari mangsa di celah serpihan bangunan. – FOTO Reuters

Gaza: Pesawat Israel mengebom persekitaran Hospital Al-Shifa dan Hospital Kanak-kanak Al-Nasr di Semenanjung Gaza pada awal Khamis.

Hospital Al-Shifa yang menempatkan ribuan pesakit dan penduduk yang mencari perlindungan di situ, menjadi sasaran peluru berpandu yang dilepaskan berselang-seli oleh pesawat Israel, lapor Agensi Anadolu memetik laporan Agensi Berita Palestin, WAFA.

Penggunaan serentak suar pencahayaan semasa serangan menyebabkan kawasan persekitaran hospital mengalami kemusnahan, katanya.



Serangan udara berhampiran Hospital Kanak-kanak Al-Nasr di barat bandar itu, mengorbankan tiga rakyat Palestin dan berpuluh-puluh lagi cedera.

Israel bom sekitar hospital


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Syed Saddiq Cipta Sejarah Politik Dunia

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button