Penternak lembu dipenjara 2 tahun pukul isteri
Penternak lembu dipenjara 2 tahun pukul isteri
KUALA PILAH: Seorang penternak lembu dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas kesalahan memukul isterinya yang juga seorang guru pada 7 November lalu.
Mahkamah menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Ismail Ibrahim, 46, dari Gemencheh mengaku bersalah sebaik saja pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Saiful Sayoti.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap wanita berusia 47 tahun itu di kaki lima hadapan sebuah restoran makanan segera di Gemencheh pada jam 9.10 malam 7 November lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut seksyen sama dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.
Mengikut fakta kes, tertuduh dan isterinya dikatakan bertengkar di hadapan restoran makanan segera ketika wanita itu sedang menunggu bas untuk pulang ke kampung di Terengganu.
Ketika pertengkaran itu, tertuduh didakwa mencekik leher dan menghantuk kepala isterinya ke dinding beberapa kali, selain menumbuk bahagian mata kanan pengadu dengan kejadian turut disaksikan orang awam.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi, manakala tertuduh tiada diwakili peguam.
Penternak lembu dipenjara 2 tahun pukul isteri
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Presiden Parti MUDA bakal bergelar banduan
- Siapa Presiden BERSATU selepas Muhyiddin?
- Mahathir Membantu Atau ‘Membunuh’ Teknokrat Melayu Di Era Beliau
- Siti Mastura Adalah Contoh Manusia Bijak Tanpa Akal