Shah Radhi Tak Percaya Gosip Yang Melanda Sophia Albarakbah
Shah Radhi Tak Percaya Gosip Yang Melanda Sophia Albarakbah
Pelakon dan usahawan Shah Radhi menyifatkan aktres Sophia Albarakbah sebagai seorang wanita yang lemah lembut dan sopan.
‘Seorang wanita lemah lembut’
Ketika ditemui OhBulan!, Shah berkata dia sudah mengenali Sophia sebelum aktres itu berjaya mencipta nama dalam industri.
Malah, aktor berusia 28 tahun itu berkata dia tidak percaya dengan segala kontroversi dan gosip yang melanda Sophia sebelum ini.
Saya tidak percaya benda itu (gosip) yang terkena pada Sophia, bukan sebab saya mahu ambil hati kerana namanya sudah naik, tidak. Sebab saya kenal dia macam mana.
Kami kenal dah lama, kenal dia terlebih dahulu sebelum orang industri lain kenal dia. Dia memang seorang wanita yang lemah lembut, baik dan tak kisah berkawan dengan sesiapa.
Karakter Sophia memang sopan daripada saya kenal dia, orang kata wanita Melayu terakhir.
Shah berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyerahan bantuan kepada artis veteran yang berlangsung di Ngam Ngam Restaurant, di IOI Mall, Putrajaya baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, Shah dan Sophia bakal muncul dengan sebuah filem bergenre aksi berjudul Jiwa 8 Belas yang akan menerjah pawagam seluruh Malaysia bermula Januari tahun hadapan.
Shah Radhi Tak Percaya Gosip Yang Melanda Sophia Albarakbah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Presiden Parti MUDA bakal bergelar banduan
- Siapa Presiden BERSATU selepas Muhyiddin?
- Mahathir Membantu Atau ‘Membunuh’ Teknokrat Melayu Di Era Beliau
- Siti Mastura Adalah Contoh Manusia Bijak Tanpa Akal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Syed Saddiq Cipta Sejarah Politik Dunia