‘Gym trainer’ tak mengaku rogol kenalan dalam hotel

‘Gym trainer’ tak mengaku rogol kenalan dalam hotel

'Gym trainer' tak mengaku rogol kenalan dalam hotel

MUAR: Seorang tenaga pengajar kecergasan didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan merogol remaja perempuan bawah umur yang dikenali melalui media sosial dalam sebuah hotel di Batu Pahat, Mac lalu.

Tertuduh Loh Che Heng, 23, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.



Mengikut pertuduhan itu, tertuduh yang masih bujang didakwa merogol kenalannya itu di sebuah hotel di Jalan Maju Barat, dalam daerah Batu Pahat, jam 6 petang, 2 Mac lalu.

Berdasarkan seksyen itu, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara hingga 20 tahun dan juga sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Arif Marzuki manakala tertuduh diwakili peguam Tan Song Yan.

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin memandangkan kes itu serius kerana babit mangsa bawah umur.



Bagaimanapun, sekiranya dibenarkan ikat jamin, pihak pendakwaan mencadangkan tertuduh dikenakan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin.

Selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan serta pembelaan, mahkamah memutuskan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000.

Mahkamah juga menetapkan dua syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat setiap bulan serta tidak boleh mengganggu mangsa atau keluarganya sehingga kes selesai.

Susulan pengakuan tidak bersalah dibuat tertuduh, mahkamah menetapkan 14 Januari depan untuk sebutan semula serta serahan dokumen berkaitan kes ini.



‘Gym trainer’ tak mengaku rogol kenalan dalam hotel

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Samsuri akan lepaskan jawatan Menteri Besar Terengganu?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button