Melepasi 24 jam, bomba masih bertungkus lumus padam kebakaran gudang
Melepasi 24 jam, bomba masih bertungkus lumus padam kebakaran gudang
SUNGAI PERTANI: Operasi memadam kebakaran tiga gudang penyimpanan barang terpakai di Bukit Selambau, di sini, masih diteruskan walaupun sudah melebihi tempoh 24 jam sejak kebakaran dilaporkan semalam.
Setakat jam 7 malam tadi, operasi pemadaman masih diteruskan untuk memastikan api dan sisanya dipadam sepenuhnya. Gerakan itu membabitkan anggota dari empat Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), iaitu Aman Jaya, Sungai Petani, Kulim Hi-Tech serta Yan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Awang Hidzel Awang Bujang, berkata setakat ini, anggotanya sedang bertungkus lumus melakukan operasi pemadaman di lokasi bagi memastikan api dipadam sepenuhnya.
“Selain itu, operasi turut dibantu 14 Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berhampiran,” katanya di sini hari ini.
Kebakaran tiga gudang berkenaan menyimpan barangan terpakai seperti logam, wayar dan tembaga, turut menyebabkan letupan bunga api yang dipercayai berlaku bermula jam 7.45 malam.
Terdahulu, media melaporkan, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata gudang itu dipercayai menjalankan operasi memproses aloi kepada aluminium yang diambil daripada barangan elektronik terpakai.
Kebakaran membabitkan 100 peratus kawasan gudang, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Melepasi 24 jam, bomba masih bertungkus lumus padam kebakaran gudang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pasca Kemaman, untung sabut atau untung batu buat Kerajaan?
- Kemenangan Besar PRK Kemaman Bakal Lenyapkan Legasi Nik Aziz Dalam PAS
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Pengampunan Najib: Siapa Tipu Siapa?