Si bulus kejutkan tuan dari tidur ketika rumah terbakar

Si bulus kejutkan tuan dari tidur ketika rumah terbakar

Si bulus kejutkan tuan dari tidur ketika rumah terbakar
Pemilik kucing, Ruhaifi Isyraf Saad dan Siti Aishah Zainul bersama sebahagian daripada 65 kucing yang tinggal bersama mereka di Perumahan Bukit Rangin Perdana Satu.

KUANTAN: “Saya bersyukur apabila kucing betina yang diberi nama ‘Hana’ mengejutkan isteri, seolah-olah memberi tahu rumah tempat mereka berteduh terbakar,” kata Ruhaifi Isyraf Saad, 45.

Dalam kebakaran kira-kira 4 pagi kelmarin, beberapa peralatan elektrik dan perabot terletak dalam bilik rumah pasangan Ruhaifi Isyraf dan Siti Aishah Zainul, 41 dekat Perumahan Bukit Rangin Perdana Satu, di sini musnah menyebabkan kerugian lebih RM5,000.

Ruhaifi Isyraf berkata, dia memiliki 65 ekor kucing yang ditempatkan dalam beberapa bilik rumahnya, cuma ‘Hana’ sahaja yang berada dalam bilik tidur mereka setiap malam kerana haiwan berkenaan tidak berminat tinggal dengan kucing lain.



Menurutnya, ketika kebakaran berlaku ‘Hana’ mengejutkan isterinya seolah memberi tahu kebakaran berlaku, ketika itu bekalan elektrik terputus selepas berlaku litar pintas yang dipercayai bermula daripada televisyen.

“Saya dan isteri segera bangun apabila terhidu bau asap daripada bilik, kami cuba memadam api dengan cara menyiram dengan air. Isteri menggunakan kain basah bagi mengawal api pada televisyen yang berasap.

“Tindakan pantas membolehkan kami memadam kebakaran dalam masa beberapa minit, saya dan isteri sentiasa bertenang sepanjang kejadian berlaku,” katanya, di sini semalam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 


Bagi Siti Aishah, ketika kebakaran berlaku dia hanya mengenangkan 65 ekor kucing, sambil memadam api dia berdoa semoga Allah membantu selamatkan nyawa haiwan peliharaan mereka.



Katanya, dia tidak dapat bayangkan sekiranya kebakaran tidak dapat dikawal, kejadian memilukan pasti berlaku pada 65 ekor kucing peliharaannya yang berada dalam dua bilik termasuk ruang dapur.

“Saya dan suami tinggal bersama kucing sejak sembilan tahun lalu, sebelum ini kami pernah memiliki 80 ekor kucing jalanan yang dijaga dengan penuh kasih sayang.

“Kami membelanjakan lebih RM3,000 sebulan untuk menyediakan makanan, perbelanjaan itu tidak termasuk kos rawatan sekiranya ada kucing yang sakit dan memerlukan rawatan,” katanya yang bertugas sebagai guru sekolah menengah, di sini.

Beliau menambah, hidup mereka suami isteri sentiasa ceria dan gembira bersama 65 ekor kucing walaupun masih tidak dikurniakan zuriat, kucing menjadi penyeri rumah tangga kami yang memiliki kasih sayang begitu mendalam pada haiwan manja itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Siti Aishah berkata, tanpa bantuan daripada mana-mana pihak dia dan suami berkorban dengan menyediakan semua kemudahan pada kucing peliharaannya. Semua kucing umpama anak kami yang menjadi penyeri rumah tangga mereka.

“Kejadian banjir besar pada 2021 sukar dilupakan apabila saya dan suami mengambil masa tujuh jam untuk menyelamatkan lebih 80 ekor kucing mereka dengan bantuan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pahang.

“Kini saya dan suami terpaksa menumpang rumah saudara kerana bekalan elektrik di rumah kami masih belum dapat dibaiki, hanya kucing sahaja berada di rumah,” katanya.

Si bulus kejutkan tuan dari tidur ketika rumah terbakar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pengampunan Najib: Siapa Tipu Siapa?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker