Van universiti rempuh belakang bas universiti

Van universiti rempuh belakang bas universiti

Van universiti rempuh belakang bas universiti
Bas UniKL dinaiki 32 penuntut terlibat kemalangan dengan sebuah van milik universiti sama di Jalan Pantai Remis, malam tadi. – Foto ihsan Bomba

BERUAS: Sebuah bas Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang dinaiki 32 penuntut terlibat kemalangan dengan sebuah van milik universiti sama di Jalan Pantai Remis, di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Negeri Perak, Penguasa Kanan Bomba I Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihak menerima panggilan kecemasan jam 10.45 malam.

Menurutnya, kemalangan itu membabitkan van Toyota Hiace dinaiki enam individu melanggar bahagian belakang bas universiti berkenaan.



“Akibat kemalangan itu, seorang lelaki berusia 40-an tersepit di bahagian penumpang hadapan van, manakala pemandu van cedera ringan.

“Empat penumpang van serta semua 32 penumpang bas tidak cedera. Mangsa yang tersepit sudah dikeluarkan dengan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan, tengah malam tadi.

Van universiti rempuh belakang bas universiti

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Pengampunan Najib: Siapa Tipu Siapa?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button