Kerugian akibat scam tahun ini cecah RM1.3 bilion

Kerugian akibat scam tahun ini cecah RM1.3 bilion

Kerugian akibat scam tahun ini cecah RM1.3 bilion
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf bercakap pada sidang media Karnival Scam Free Malaysia di Pavilion Bukit Jalil hari ini. – foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Sebanyak 32,462 kes penipuan dalam talian dengan nilai kerugian sebanyak RM1.3 bilion dicatatkan bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 37.5 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu 23,608 kes membabitkan nilai kerugian RM771.1 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, jenayah e-dagang mencatatkan jumlah kes paling tinggi iaitu 10,993 dengan kerugian sebanyak RM382 juta sepanjang Januari hingga November tahun ini.



“Manakala, kes pelaburan tidak wujud mencatatkan jumlah kerugian paling tinggi sebanyak RM421 juta.

“Bagi love scam, terdapat sebanyak 883 kes membabitkan kerugian RM40.9 juta dan 4,018 kes pinjaman tidak wujud dengan kerugian RM38.5 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Karnival Scam Free Malaysia di Pusat Pameran Pavillion Bukit Jalil di sini, hari ini.

Ramli berkata, pihak polis menjangkakan kes-kes penipuan dalam talian akan terus meningkat seandainya langkah-langkah pencegahan sewajarnya tidak diambil dari sekarang.

Katanya, masyarakat perlu cakna dengan isu



penipuan dalam talian yang mengakibatkan kerugian berbilion Ringgit supaya tidak mudah terpengaruh.

“Ramai yang mudah sangat terpengaruh menjawab telefon dan ditakutkan dengan scammer.

“Malah ada kes-kes pelaburan umpamanya, membabitkan jutaan Ringgit…Ini adalah keadaan yang sangat membimbangkan dan perlu diberi perhatian serius,” katanya.

Ramli berkata, aplikasi Telegram banyak digunakan untuk tujuan penipuan pelaburan dalam talian.



“Harap orang ramai fahamlah, pelaburan ini bukan mudah-mudah, kita pelawa-pelawa begitu.

“Pelaburan sebenar antaranya perlu mempunyai jaminan daripada Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti…Bukan yang kita jumpa dalam Whatsapp, atau Telegram. Tolonglah jangan percaya,” tegasnya.

Ramli berkata, penganjuran Karnival Scam Free adalah pendekatan yang dilaksanakan JSJK bagi mengekang ancaman jenayah komersil yang semakin meningkat.

Katanya, karnival itu adalah kesinambungan usahasam yang sudah dijalinkan antara JSJK dan Whoscall Malaysia dalam usaha membanteras jenayah komersil.



“Whoscall Malaysia berkolaborasi dengan jabatan ini untuk menyenaraikan nombor-nombor telefon yang disyaki scammer ke dalam aplikasi mereka.

“Setakat ini, integrasi antara Sistem Semakmule milik JSJK dan Whoscall membolehkan 318,147 nombor telefon scammer disenaraikan ke dalam aplikasi berkenaan,” katanya.

Katanya, sejak kolaborasi pada 4 Januari lalu hingga hari ini, berlaku penurunan sebanyak 50 peratus dalam kadar menjawab telefon yang direkodkan iaitu 66,810 kepada 34,996 panggilan dijawab.

“Melalui karnival ini, pihak Whoscall turut menawarkan pemberian sejuta akaun Whoscall Premium bagi penggunaan selama setahun,” katanya.



Kerugian akibat scam tahun ini cecah RM1.3 bilion


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isham Jalil Menjadi Baruah Mahathir Memainkan Sentimen Anti DAP

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button