Perikatan Nasional Gagal Sebagai Kerajaan Dan Pembangkang

Perikatan Nasional Gagal Sebagai Kerajaan Dan Pembangkang

Perikatan Nasional Gagal Sebagai Kerajaan Dan Pembangkang

Perikatan Nasional (PN), ditubuhkan secara rasmi pada 23 Februari 2020.

2 parti komponen utama yang menganggotai PN semasa pendaftaran gabungan parti tersebut adalah PPBM dan PAS.

Manakala penyertaan parti Gerakan sebagai parti komponen di dalam PN dilihat tidak lebih sebagai parti picisan ibarat melukut di tepi gantang.



Perikatan Nasional berjaya membentuk kerajaan pusat selepas Langkah Sheraton menumbangkan Kerajaan Pakatan Harapan.

Ketika itu Barisan Nasional telah dijemput untuk bersama-sama Perikatan Nasional untuk mencukupkan jumlah kerusi parlimen yang diperlukan bagi membentuk kerajaan.

Barisan Nasional menerima jemputan Perikatan Nasional, namun atas sebab kerakusan pemimpin PPBM, akhirnya Barisan Nasional mengambil keputusan meninggalkan gabungan tersebut.

18 bulan Perikatan Nasional menjadi kerajaan, seluruh negara berada dalam kegelapan.



Dasar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak konsisten bukan sahaja menyebabkan Covid-19 gagal dibendung.]

Keadaan menjadi semakin parah apabila Perikatan Nasional mengisytihar darurat di seluruh negara.

Kehidupan rakyat berada dalam keadaan yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Belum pernah ribuan rakyat bunuh diri kerana tekanan ekonomi, tetapi ianya berlaku di era Perikatan Nasional berkuasa.

Tidak pernah rakyat Malaysia menaikkan bendera putih untuk mendapatkan makanan, tetapi ianya berlaku di era Perikatan Nasional berkuasa.



Juga belum pernah terjadi rakyat dilihat menyelongkar tong sampah untuk mencari makanan, tetapi ianya adalah fenomena biasa di era Perikatan Nasional berkuasa.

Kerakusan pemimpin Perikatan Nasional kepada kuasa juga telah menyaksikan berlakunya krisis antara kerajaan dan pihak Istana Negara.

Secara keseluruhan, Perikatan Nasional gagal berfungsi dengan baik ketika menjadi kerajaan.

Setelah gagal menjadi kerajaan, adakah Perikatan Nasional berjaya menjadi pembangkang yang baik selepas kehilangan kuasa dalan PRU 15?



Nilaikanlah sendiri.

Yang mereka fikirkan setiap hari hanyalah untuk menjatuhkan kerajaan sekarang melalui cara yang sama seperti Langkah Sheraton.

Bukan sahaja tidak mampu menegur atau mengkritik dasar kerajaan sekarang untuk memberikan tambah nilai.

Malah, kabinet bayangan pun belum dibentuk kerana terlalu sibuk untuk merampas kuasa.



Perikatan Nasional Gagal Sebagai Kerajaan Dan Pembangkang

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button