7 kereta ubah suai terbakar, tak sempat sertai pertunjukan
7 kereta ubah suai terbakar, tak sempat sertai pertunjukan
KULAI: Sebuah treler bersama muatan tujuh kereta ubah suai pelbagai jenis terbakar di Kilometer 38.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di sini, pada awal pagi tadi.
Ia membabitkan lima kereta Honda, sebuah Toyota Yaris dan sebuah Proton Saga yang difahamkan dibawa treler berkenaan untuk menyertai satu pertunjukan di Sepang, Selangor.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.52 pagi sebelum sepasukan 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Skudai dan Tebrau digerakkan ke tempat kejadian.
“Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Fauzi Che Deris. Tujuh kereta yang dibawa treler berkenaan terbakar hampir 70 peratus. Operasi tamat jam 6.55 pagi,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Beliau berkata, insiden itu tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa dengan punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
7 kereta ubah suai terbakar, tak sempat sertai pertunjukan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bubarkan BERNAS, Kembalikan Kawalan Beras Kepada Lembaga Padi & Beras Negara
- Apakah PAS Parti Politik Yang Tiada Perikemanusiaan?
- Isu Mahkamah Persekutuan Mansuhkan Seksyen 498 KK (Mengganggu Isteri Orang)
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Pegawai Polis Yang Langgar Pelajar Berhadapan Tuduhan Membunuh
Discover more from My TV ONLINE
Subscribe to get the latest posts to your email.