Tanah runtuh: Penghuni tak pindah kerana masalah kewangan

Tanah runtuh: Penghuni tak pindah kerana masalah kewangan

SERDANG: Sebuah keluarga yang tinggal di deretan sama sembilan rumah di Jalan Wawasan 3/9 Taman Wawasan, Puchong di sini yang terjejas kerana tanah runtuh terpaksa terus tinggal di situ tanpa bekalan air.

Low Mee Yeng, 69, berkata beliau bersama suami serta dua anak mempunyai masalah kewangan menyebabkan tidak dapat berpindah walaupun ada arahan pihak berkuasa.

Beliau berkata, buat sementara waktu, keluarganya akan terus tinggal di kediaman mereka sehinggalah menerima arahan lanjut dari pihak berkuasa.



“Selepas kejadian itu, kami dinasihatkan berpindah walaupun rumah tidak terjejas, dan jiran-jiran bersebelahan sudah berpindah ke rumah keluarga terdekat masing-masing.

Beliau berkata, keluarganya bergantung kepada bekalan air di tangki simpanan air kediamannya yang makin menyusut.

Mee Yeng berkata, walaupun risau akan berlaku tanah runtuh susulan namun tidak mempunyai pilihan, selain terus tinggal di situ.

“Jika pihak berkuasa bagi arahan wajib berpindah, kami tiada pilihan selain berpindah,” katanya.



Sementara itu, seorang pemilik yang kediamannya terjejas, Lai Seow Yik, 48, berkata beliau berharap kerja pembaikan cerun yang mula dijalankan semalam akan dapat diselesaikan dengan segera agar dapat pulang semula.

Beliau yang bekerja sebagai jurujual memaklumkan ketika kejadian, beliau berada di China atas urusan kerja dan baru kembali semalam.

“Saya dapat panggilan daripada pihak bomba memaklumkan tentang kejadian ini dan berasa agak terkejut. Saya terus pulang ke Malaysia, semalam dan pada hari ini saya saya ambil kesempatan untuk lihat keadaan rumah dan ambil barang peribadi.

“Buat masa ini saya menumpang sementara rumah seorang rakan dan menunggu arahan lanjut daripada pihak berkuasa. Saya berharap kerja membaiki cerun dapat dijalankan dengan baik,” katanya menetap di situ bersendirian sejak 20 tahun lalu.



Tanah runtuh: Penghuni tak pindah kerana masalah kewangan
Tanah runtuh menyebabkan loji kumbahan IWK terjejas bersebelahan Taman Wawasan, Puchong. – Foto BH/AIZUDDIN SAAD

 

Tanah runtuh: Penghuni tak pindah kerana masalah kewangan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pegawai Polis Yang Langgar Pelajar Berhadapan Tuduhan Membunuh



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading