Jerat ‘sugar daddy’

Jerat ‘sugar daddy’

Jerat 'sugar daddy'
GAMBAR Hiasan.

Singapura: Seorang ‘sugar daddy’ di Singapura dihukum penjara 25 bulan, pada Jumaat kerana melakukan hubungan seks dengan remaja bawah umur dan merakam adegan itu tanpa kebenaran.

Mahkamah menjatuhkan hukuman itu selepas Benjamin Huang Junlong, 39, mengaku bersalah atas dua pertuduhan jenayah seksual terhadap remaja berusia 15 tahun dan voyeurisme (mengintip untuk kepentingan seksual) terhadap mangsa berusia 21 serta 25 tahun.

Lelaki itu berkawan dengan mangsa yang masih remaja menerusi platform dating, Sugarbook dan mangsa lebih berusia menerusi aplikasi Tinder.



Mahkamah dimaklumkan, tertuduh berminat dengan profil Sugarbook remaja itu pada Disember 2020 yang pada ruangan umur ditulis 19 tahun.

Apabila mereka bertemu, mangsa memberitahu Huang mengenai masalah keluarganya dan hasrat untuk menyewa sebuah apartmen, selain bekerja sambilan di sebuah restoran untuk menampung perbelanjaannya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Adakah Kerajaan Akan Terus Biarkan Cubaan Merampas Kuasa Berlarutan




Remaja itu mendaftar akaun Sugarbook kerana masalah kewangan, namun selepas bertemu tertuduh dua kali, dia memberitahu tidak mahu menjalin hubungan dengan lelaki itu dan tidak lagi mengendahkan mesejnya.

Huang kemudian menawarkan bayaran $1,800 (RM6,296) sebulan untuk gadis itu menemaninya, selain membantu membayar sewa rumah yang menyebabkan mangsa bersetuju.

Selepas itu, mereka bertemu sekurang-kurangnya lima kali antara 26 Disember 2020 hingga 11 Januari 2021 untuk melakukan hubungan seks.

Dalam tempoh itu, Huang secara rahsia merakam adegan mereka menggunakan telefon bimbitnya dan menyimpannya untuk tontonan sendiri.



Mahkamah diberitahu juga yang tertuduh bertemu mangsa berusia 21 tahun pada 2019, dengan mangsa memberitahu berdepan masalah kewangan dan tekanan.

Huang menawarkan diri menjadi ‘sugar daddy’ dan membayar wanita itu untuk perkhidmatan seksual yang dipersetujui wanita berkenaan.

Dalam tempoh Ogos 2019 hingga Januari 2021, mereka berhubungan sekurang-kurangnya 10 kali dan Huang membayar mangsa lebih $16,000 (RM55,964).

Dia merakam hubungan seks mereka sekurang-kurangnya lapan kali menggunakan telefon bimbitnya tanpa pengetahuan mangsa.



Bagi mangsa ketiga berusia 25 tahun yang dikenali antara 2019 hingga awal 20220, tertuduh didakwa merakam hubungan seks mereka dengan telefon bimbitnya atas persetujuan mangsa.

Namun dalam lapan kali pertemuan itu, mangsa tidak sedar yang tertuduh juga memasang kamera mini pada televisyen untuk merakam wanita itu. Dia merakam lapan video menggunakan kamera pada 12 Mac 2020.

Tertuduh ditangkap pada Mac 2021 dengan Timbalan Pendakwa Raya Sruthi Boppana berkata, tertuduh sememangnya merancang perbuatan jenayah itu.

Jerat ‘sugar daddy’

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

“Ambil gambar tapi tulis semua tidak betul” – Najib

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button