Miti fokus mudahkan urusan pelabur
Miti fokus mudahkan urusan pelabur
Kuala Lumpur: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) akan memberi fokus utamanya kepada teras pelaburan pada tahun ini sekali gus memudahcarakan urusan pelabur domestik dan antarabangsa.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Malaysia dilihat terus menjadi destinasi pilihan pelabur dan itu dibuktikan dari segi pelaburan yang berjaya direkodkan negara.
Katanya, bagi sembilan bulan pertama 2023 (Januari hingga September 2023), Malaysia merekodkan jumlah pelaburan yang diluluskan sebanyak RM225 bilion.
“Ia adalah pencapaian terbaik negara berbanding sedekad lalu dan salah satu cabaran sepanjang 2024 untuk Miti adalah dari segi pelaburan dan kami akan mempercepatkan proses pelaburan dengan memudahcarakan semua urusan berkaitannya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Dubai Move Gagal, PAS Catur Sanusi Move
- Wanita Sejati Bersuara Jantan Hanya Satu Dalam Sejuta
Adakah Kerajaan Akan Terus Biarkan Cubaan Merampas Kuasa Berlarutan
Ditanya mengenai unjuran perdagangan tahun ini, Tengku Zafrul berkata, Miti akan meneruskan misi perdagangan dan pelaburan bagi menarik lebih banyak pelaburan strategik walaupun berdepan cabaran ekonomi dan geopolitik global.
Beliau berkata, pada 2024 ekonomi global diakui bakal mencabar dan banyak isu geopolitik yang masih belum selesai di mana setiap negara mempunyai cabaran masing-masing termasuk Malaysia.
“Oleh itu, dari segi perdagangan, Miti melihat ramai usahawan tempatan yang berjaya di Malaysia tetapi kita masih perlu beri bantuan untuk mereka ini turut berjaya di luar negara.
“Saya akui ia bukan mudah kerana persaingan sengit dan pada masa sama usahawan tidak hanya berdepan dengan cabaran dari segi kewangan, malah pemasaran dan kapasiti bangunan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Mula Khianati Mahathir
- SPRM Mulakan Siasatan Ke Atas Ismail Sabri
- Sila Ambil Nombor Di Kaunter SPRM, Jangan Berebut Yer…
Selain itu, menurutnya dari segi industri terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terbabit dalam sektor pembuatan sudah perlu bersiap sedia mengenai isu Alam Sekitar, Tanggungjawab Sosial, dan Amalan Tadbir Urus (ESG).
“Dalam pasaran baharu yang hendak diterokai sekarang banyak memberi penekanan dalam isu kelestarian dan saya tidak mahu melihat syarikat tempatan terlepas peluang hanya kerana mereka belum bersedia dalam mematuhi syarat ESG.
“Pemain sektor pembuatan perlu bermula sekarang bagi memastikan tidak ketinggalan,” katanya.
Miti fokus mudahkan urusan pelabur
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Siapa Pegawai Mantan PM Yang Tidak Mahu Datang Bila Di Panggil SPRM?
- UMNO Dan DAP Mesti Bijak, Jangan Saling ‘Membunuh’
- Mahathir Semakin Tenggelam Dengan Kerosakan Ciptaan Beliau
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :