Langkah Dubai: RPK antara dipanggil beri keterangan

Langkah Dubai: RPK antara dipanggil beri keterangan

Langkah Dubai: RPK antara dipanggil beri keterangan
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain. – Foto fail NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil beberapa lagi individu untuk dirakam keterangan berhubung gerakan `Langkah Dubai’ bagi menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata ia termasuk individu utama kes berkenaan iaitu aktivis politik, Raja Petra Kamarudin (RPK).

“Terdapat beberapa individu lagi akan dipanggil selain RPK seperti diketahui berada di London.



“Kita akan merujuk ke Pejabat Peguam Negara bagi menentukan langkah seterusnya kerana RPK bukan sahaja diperlukan dalam kes ini tetapi ada beberapa kertas siasatan juga pernah dibuka ke atas beliau sebelum ini,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Razarudin sebelum ini dilaporkan berkata pihaknya sudah memanggil empat individu untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung perkara itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Takiyuddin Dedahkan Sikap Sebenar Pemimpin PAS




Mereka adalah Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Ismail Yusop, yang mula mendedahkan tentang gerakan berkenaan.

Tiga lagi adalah Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard dan Mohamad Salim Iskandar.

Kengenai kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bahawa polis mengeluarkan kenyataan politik berkait isu Langkah Dubai, Razarudin berkata PDRM adalah sebuah agensi penguatkuasa dan akan menjalankan siasatan berdasarkan laporan polis yang diterima

“Proses siasatan yang dijalankan adalah berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedang berkuatkuasa.



“Apa sahaja kes yang berkaitan keselamatan dan boleh menggugat kestabilan dan keamanan negara, PDRM akan bertindak selaras dengan Seksyen 3(3) Akta Polis 1967 tanpa mengira status, latar belakang politik, sosial dan ekonomi seseorang,” katanya.

Razarudin menegaskan, keutamaan PDRM adalah untuk memberi kerkhidmatan yang seadil-adilnya kepada semua pihak.

Langkah Dubai: RPK antara dipanggil beri keterangan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apa sudahnya kisah Rohana dan wang 1MDB?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button