Mengamuk tidak dibayar gaji 5 bulan

Oleh – Syeikh Baran


Mengamuk tidak dibayar gaji 5 bulan
SEORANG wanita mengamuk di Pusat Kesihatan Masyarakat Lohia, Sulawesi baru-baru ini. – Foto Media Sosial/Tribun Sumsel

Seorang wanita mengamuk di Pusat Kesihatan Masyarkat Lohia di daerah Muna, wilayah Sulawesi Tenggara, lapor portal berita Prohaba.co hari ini.

Dalam satu rakaman video, wanita itu dilihat membaling barang-barang, dipercayai milik pusat kesihatan tersebut.



Ini menyebabkan terdapat barang-barang yang rosak akibat perbuatannya. Kejadian berlaku baru-baru ini.

Punca wanita yang berumur 50 tahun itu marah adalah kerana gajinya selama lima bulan masih tidak dibayar oleh majikannya.

Dia sepatutnya menerima gaji 300,000 rupiah (RM89.76) sebulan kerana melakukan kerja pembersihan di pusat tersebut.

Pusat Kemasyarakatan Lohia kemudian membayar gaji tertunggak  selama lima bulan itu secara sekali gus. – AGENSI 



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading