Kapal angkasa Jepun mendarat terbalik di Bulan

Oleh – Syeikh Baran


Kapal angkasa Jepun mendarat terbalik di Bulan
SLIM dirakam mendarat secara terbalik di permukaan Bulan. – JAXA

Sebuah kapal angkasa milik Jepun dilaporkan mendarat secara terbalik di permukaan Bulan, lapor saluran berita Fox News.

Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun (JAXA) berkata, kapal angkasa dinamakan Smart Lander for Investigating the Moon (SLIM) itu sedikit tersasar dari kawasan pendaratan yang dipilih untuk misi tersebut.



“Analisis data mengesahkan bahawa SLIM mendarat di kawasan sejauh 55 meter dari tapak pendaratan asal,” kata JAXA.

Menurut JAXA, masalah pada enjin utama menjejaskan penerbangan SLIM dan menyebabkan ia mendarat secara terbalik.

Sebelum mendarat pada Sabtu lalu, SLIM menghantar dua robot kecil dipanggil LEV-1 dan LEV-2 untuk merakam dan menghantar imej kapal angkasa itu di permukaan Bulan.

Disebabkan pendaratan ‘luar biasa’ itu, panel solar SLIM menghadap ke arah yang salah dan tidak dapat menjana kuasa pada kapal angkasa tersebut. – AGENSI 



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading