AS$98.6 juta disita dari anak saudara bekas Presiden
Oleh – Syeikh Baran
Kazakhstan menerima dana sebanyak AS$98.6 juta yang disita dari Kairat Satybaldy, anak saudara bekas Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev, sebagai pampasan bagi kerugian yang dialami negara, menurut Agensi Antirasuah Kazakhstan pada Khamis, lapor Sputnik.
Dalam satu kenyataan, agensi itu berkata, dalam kes jenayah yang disiasat terhadap Kairat Satybaldy, badan pencegahan rasuah baru-baru ini memastikan 44.6 bilion tenge (AS$98.6 juta) dipulangkan.
“Pada masa ini, wang berkenaan telah dipindahkan ke bajet republik untuk menampung kerugian yang dialami oleh negara,” katanya.
Pada Septmber 2022, sebuah mahkamah di Astana menjatuhi hukuman penjara enam tahun ke atas anak saudara Nazarbayev dalam kes penyelewengan.
Discover more from My TV ONLINE
Subscribe to get the latest posts to your email.