Kelayakan Piala Dunia: Harimau Malaya akur jadi ‘mangsa’ Oman
Kelayakan Piala Dunia: Harimau Malaya akur jadi ‘mangsa’ Oman
PETALING JAYA – Misi skuad Harimau Malaya untuk mencuri mata berharga tidak kesampaian selepas tewas 0-2 kepada Oman dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Sultan Qaboos, Muscat sebentar tadi.
Pada perlawanan itu, skuad negara kendalian Kim Pan-gon dilihat menggunakan formasi 5-4-1 dengan fokus untuk bertahan daripada asakan pasukan tuan rumah yang menduduki ranking ke-80 dunia itu.
Seperti dijangka, Oman tidak menunggu lama untuk melakukan serangan pada 20 minit pertama menerusi penyerang sensasi, Omar Al-Maliki tetapi berjaya dinafikan penjaga gol negara, Ahmad Syihan Hazmi.
Pasukan tuan rumah semakin ghairah dan peluang terbaik babak pertama hadir menerusi Issam Al Sabhi tetapi rembatannya sedikit tersasar ketika Syihan sudah pun ditewaskan pada situasi satu lawan satu.
Bersambung pada separuh masa kedua, Oman yang dikendalikan oleh Jaroslav Silhavy akhirnya memecah kebuntuan apabila Al Sabhi bijak melakukan rembatan selepas berjaya mengelirkan benteng skuad kebangsaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Nama Najib Razak hanya jadi tunggangan pemimpin UMNO?
- Daripada Sibuk Pasal Isu Stoking, Lebih Baik Anthony Loke Fokus Laporan KLIA Antara Paling Teruk
Tersentak dengan gol tersebut, Pan-gon mengubah taktikal dengan masukkan pemain gantian seperti Darren Lok, Paulo Josue dan Endrick Dos Santos dalam usaha memburu gol penyamaan.
Josue berjaya menjaringkan gol pada minit ke-79 tetapi dibatalkan oleh pengadil kerana ofsaid.
Oman berjaya menambah jaringan pada minit ke-88 dengan melakukan serangan balas pantas yang berjaya disudahkan oleh Muhsen Al-Ghassani dengan kedudukan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan.
Keputusan tersebut menyaksikan Oman kini mempimpin carta Kumpulan D dengan mengutip enam mata bersama Malaysia dan Kyrgyzstan.
Malaysia dijadualkan bertemu dengan Oman sekali lagi pada aksi keempat kumpulan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa depan.- KOSMO! ONLINE
Kelayakan Piala Dunia: Harimau Malaya akur jadi ‘mangsa’ Oman
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lesen Pengedar Stoking Yang Ada Kalimah Allah Di Tamatkan Serta Merta
- Selepas Berpuloh Tahun Di Tindas, Perlukah Pendidik PASTI Marah Bila Kerajaan Mahu Membantu?
- Kontroversi stoking, ada ‘tangan ghaib’ sengaja cetus provokasi?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Selepas Berpuloh Tahun Rupanya Pendidik PASTI Hanya Bertaraf Sukarelawan