Isu DS Najib Dapat Tahanan Rumah Mula Tersebar Ke Seluruh Dunia, Kerajaan Mesti Beri Penjelasan

Isu DS Najib Dapat Tahanan Rumah Mula Tersebar Ke Seluruh Dunia, Kerajaan Mesti Beri Penjelasan

Isu DS Najib Dapat Tahanan Rumah Mula Tersebar Ke Seluruh Dunia, Kerajaan Mesti Beri Penjelasan

 

Isu yang paling panas sepanjang minggu lepas adalah mengenai isu diberikan tahanan rumah oleh YDP Agong XVI, Al Sultan Abdullah.

Tetapi di dalam siaran media yang dikeluarkan oleh Lembaga Pengampunan, tidak dinyatakan perkara tersebut.



Sebelum ini tidak ada siapa yang tahu mengenainya.

Sehinggalah DS Najib memfailkan semakan kehakiman titah adendum tersebut melalui peguambela beliau, Shafee Abdullah.

Sebaik sahaja media tempatan membuat liputan mengenai perkara tersebut, ianya dengan segera menarik perhatian media antarabangsa.

Kalau kita masih ingat lagi, media pertama yang menyiarkan berita DS Najib diberikan pengampunan penjara kepada 6 tahun, adalah CNA Singapura.



Dan apabila ianya diumumkan oleh Lembaga Pengampunan melalui siaran media yang dikeluarkan, ternyata apa yang disiarkan oleh CNA Singapura adalah betul.

Kini, sekali lagi CNA Singapura menyiarkan berita mengenai isu pengampunan YDP Agong yang menitahkan supaya DS Najib jalani baki hukuman penjara di rumah.

CNA mempersoalkan kenapa kerajaan belum memberikan penjelasan mengenai semakan kehakiman yang difailkan DS Najib?

Menurut CNA, Peguam Negara masih lagi membisu seribu bahasa.



Pegawai media Anwar Ibrahim pula berkata tidak akan memberikan apa-apa komen mengenai perkara ini.

Manakala Saifuddin Nasution pula berkata beliau tidak ada apa-apa maklumat mengenai titah adendum tersebut.

Reuters juga turut mempersoalkan sikap berdiam diri kerajaan mengenai isu tersebut.

The Vibes pula melapurkan, Peguam Negara enggan memberikan tahanan rumah kepada DS Najib.



Alasan beliau kerana konon ianya tidak dibincangkan oleh Lembaga Pengampunan.

Sekiranya benar, adakah Peguam Negara merasakan kuasa beliau mengatasi kuasa YDP Agong?

Asia Democracy Chronicles pula melapurkan permohonan semakan kehakiman DS Najib telah meletakkan kerajaan ke satu sudut yang sukar.

Sekiranya sebelum ini keadilan sistem mahkamah di Malaysia dipertikaikan, kini perkara yang sama berlaku kepada sistem pengampunan Di Raja.



Kerajaan mesti segera memberikan penjelasan.

 

Isu DS Najib Dapat Tahanan Rumah Mula Tersebar Ke Seluruh Dunia, Kerajaan Mesti Beri Penjelasan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button