Tindakan Rosyam Nor Bersalaman Dengan Bekas Guru [VIDEO]

Cetus Perdebatan Netizen?

Tindakan Rosyam Nor Bersalaman Dengan Bekas Guru [VIDEO]

Tindakan Rosyam Nor Bersalaman Dengan Bekas Guru [VIDEO]

Pelakon, Datuk Rosyam Nor berkongsi momen istimewa apabila bekas gurunya hadir pada malam gala tayangan filem yang dibintanginya, Memoir Seorang Guru di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut Datuk Rosyam, bekas gurunya iaitu Cikgu Halimah itu pernah memarahinya ketika di bangku sekolah dan menyatakan kepadanya untuk menjadi seorang pelakon jika tidak suka untuk belajar.



“Ini Cikgu aku semasa Tingkatan 5. Cikgu Halimah. Dah 79 usia dia. Alhamdulillah masih sihat dan hadir malam gala #memoirseorangguru.

Dia pernah marah aku katanya, ‘kalau hang tak suka belajar, hang jadi pelakon aje’. Mungkin itu juga doa yang keluar dari seorang insan bernama guru.”-kongsi Rosyam di Instagram

View this post on Instagram



A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam)

Rosyam Bersalaman Dengan Bekas Guru Timbul Perdebatan Netizen?

Di sebalik ramai yang meluahkan rasa terharu melihat Cikgu Halimah tersenyum bangga melihat pencapaian bekas anak muridnya itu, isu bersalaman antara bukan muhrim menjadi perdebatan netizen di ruangan komen selepas Rosyam Nor dilihat bersalaman dengan bekas gurunya itu.

“Apa-apapun tak boleh pegang tangan macam tu.”-komen seorang netizen



Tindakan Rosyam Nor Bersalaman Dengan Bekas Guru [VIDEO]

“Mungkin Dia Anggap Sebagai Anaknya…”

Walaubagaimanapun, rata-rata peminat mempertahankan tindakan Rosyam yang bersalam dengan Cikgu Halimah sebagai menyantuni gurunya yang sudah tua.

“Yelah betul. Tapi kadang-kadang berlaku spontan. Mungkin dia anggap sebagai anaknya. Apapun hukum tetap hukum kan.”

“Orang-orang tua yang tak ada nafsu, dia tak sama dengan orang yang masih muda. Kalau pergi rumah mereka, mereka tak pakai tudung pun tak berdosa. Cuba pergi baca apa yang patut kot-kot saya salah.”



“Ingat satu perkongsian Ustaz waktu dia ziarah warga emas yang dah berusia sangat. Beliau pegang tangan bersalam untuk menyantuni.”

“Orang tua yang tak bernafsu sis. kalau masih nak tengok masih bernafsu atau tak, tengok cara berpakaian dan cara berhias. Kalau masih berhias tu tanda masih belum digelar warga emas walau usia dah lebih 60 tahun. Wallahualam.”

Tindakan Rosyam Nor Bersalaman Dengan Bekas Guru [VIDEO]

Tindakan Rosyam Nor Bersalaman Dengan Bekas Guru [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button