PDB yakin segmen runcit, komersial terus berkembang

PDB yakin segmen runcit, komersial terus berkembang

PDB yakin segmen runcit, komersial terus berkembang
AZRUL

Kuala Lumpur: Petronas Dagangan Bhd (PDB) menjangkakan segmen perniagaan runcit dan komersial akan terus berkembang, didorong oleh aktiviti ekonomi domestik yang kukuh.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Azrul Osman Rani berkata, syarikat juga menjangkakan pertumbuhan dalam segmen kemudahannya pada musim perayaan, didorong oleh peningkatan aktiviti di Café Mesra dan Kedai Mesra.

“Kami tetap menyedari peralihan ekonomi yang lebih luas dan cabaran berterusan dalam industri ini namun, kami lebih komited berbanding sebelum ini untuk menjadikan kehidupan pelanggan kami lebih mudah dan lebih baik, dengan meningkatkan pengalaman mereka melalui setiap interaksi dengan produk dan perkhidmatan kami.



“Strategi kami yang berpandangan ke hadapan direka untuk memanfaatkan potensi sektor teras kami sambil terus menyesuaikan diri dengan perubahan keperluan pelanggan.

“Pendekatan ini memastikan kami kekal di barisan hadapan dalam industri, menawarkan penyelesaian yang bukan sahaja praktikal tetapi juga lebih mampan,” katanya dalam kenyataan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tragedi Helikopter Presiden Iran Terhempas, Kemalangan Atau Konspirasi?




PDB mencatatkan untung bersih RM226.04 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2024 menyusut daripada RM301.84 juta tahun lalu.

Menurutnya, hasil yang lebih baik turut didorong oleh kesan berterusan daripada kempen promosi, pertumbuhan dalam sektor pengangkutan serta peningkatan semula trafik penumpang yang dipacu pelancongan.

“Bagaimanapun, keuntungan telah terkesan dengan kos produk dan perbelanjaan operasi yang lebih tinggi,” katanya.

Hasil segmen runcit meningkat sebanyak RM636.9 juta atau 14 peratus, disumbangkan terutama oleh volum jualan yang lebih tinggi sebanyak 13 peratus manakala segmen komersial meraih pertambahan hasil sebanyak RM104.8 juta atau tiga peratus, terutama disebabkan purata harga jualan yang lebih tinggi sebanyak 6.0 peratus, mengimbangi volum jualan yang lebih rendah iaitu tiga peratus.



Bagi segmen kemudahan, hasil menokok sebanyak RM5.9 juta atau 9.0 peratus, disumbangkan oleh permintaan yang lebih tinggi terhadap Kedai Mesra dan Café Mesra pada suku berkenaan.

PDB yakin segmen runcit, komersial terus berkembang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Jangan Di Kecam Kempen Pelajar Yang Mempertahankan Perlembagaan



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button