Stacy hamil anak kedua, usia kandungan dah masuk bulan keempat

Penyanyi Stacy akhirnya mengakui dia kini sedang hamil cahaya mata kedua yang kini sudah memasuki bulan keempat kandungan.

Pendedahan itu dibuat Stacy menerusi program Meletop selepas dia ditanya mengenai kesahihan perkara itu oleh hos, Elly Mazlein.

“Kalau dah tak boleh nak tutup, dah pecah lubang tu iyalah. Alhamdulillah, ya betul… saya hamil empat bulan.



“Tapi tak boleh sembunyi dah, besar dah perut,” katanya.

Stacy, 32, mendirikan rumah tangga dengan Akim Ahmad pada 5 Februari 2016.

Hasil perkahwinan, pasangan pemuzik ini mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Eshaal, 5, serta seorang anak angkat, Bella De Luna Valentina yang kini berusia 9 tahun. – my-tv online




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading