Inspektor ditahan rogol 2 wanita Mongolia

DUA wanita Mongolia disyaki dirogol inspektor polis yang mengurung mereka di sebuah bilik hotel di Petaling Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kedua-dua mangsa berusia 20 dan 37 tahun dikurung di hotel itu sejurus ditahan ketika sekatan jalan raya (SJR).

“Polis menerima maklumat pada 9.30 malam dan operasi menyelamat segera digerakkan.

“Hasil siasatan dan keterangan kedua-dua mangsa, kita menahan seorang pegawai polis berusia 30 tahun pada hari sama,” katanya pada sidang media di Jalan PJU7/1 di Petaling Jaya, hari ini.



Nik Ezanee berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa pada mulanya ditahan di sebuah SJR, dibawa ke hotel dan dikurung, sebelum dirogol individu itu.

“Pegawai polis berkenaan kini ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Menurutnya, pegawai itu bertindak sendiri melakukan kegiatan itu dan tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading