Pintu sempadan Padang Besar dibuka 1 April

Kangar: Satu lagi pintu sempadan Malaysia-Thailand iaitu Padang Besar akan dibuka esok bermula 6 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Pengarah Imigresen Perlis, Khairul Amin Taib berkata, pengembara dari Thailand yang memasuki negara melalui pintu sempadan itu juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Semua pengembara sudah boleh masuk dan keluar melalui pintu sempadan Padang Besar bermula esok mengikut SOP yang sudah ditetapkan,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.



Beliau berkata, antara syarat yang ditetapkan oleh KKM, pengembara perlu lengkap status vaksinasi dan menyediakan dokumen perjalanan yang lengkap.

Bulan lalu, pintu sempadan Wang Kelian di Perlis dibuka kepada kedua-dua rakyat Malaysia dan Thailand sempena pembukaan semula sempadan negara bermula 1 April.

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading