Saham Twitter menjunam selepas Musk batal ambil alih

NEW YORK: Saham Twitter menjunam hari ini selepas Elon Musk mengumumkan untuk menarik diri daripada bidaan pengambilalihan bernilai AS$44 bilion, sekali gus berpotensi menyebabkan tindakan undang-undang.

Saham gergasi media sosial itu ditutup susut 11.3 peratus pada AS$32.65 dalam sesi pertama selepas Musk pada Jumaat lalu mendedahkan beliau menggugurkan rancangan pengambilalihan itu.

Musk menyusulinya pada malam Ahad lalu dengan beberapa hantaran tweet sindiran selepas syarikat itu berkata ia akan menyaman bilionair berkenaan bagi mendesak urus niaga diteruskan.



“Mereka berkata saya tidak mampu membeli Twitter. Kemudian mereka tidak mendedahkan maklumat. Kini mereka mahu mahu memaksa saya untuk membeli Twitter di mahkamah. Kini mereka perlu mendedahkan maklumat di mahkamah,” katanya dalam satu tweet, dengan setiap satu daripada empat kenyataan itu disertakan dengan gambarnya sedang ketawa besar.

Tweet kedua menunjukkan imej bintang seni bela diri, Chuck Norris, di belakang papan catur, disertakan dengan tulisan, “Chuckmate.”

AFP




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading