Bina tembok cegah banjir di Iskandar Puteri

Bina tembok cegah banjir di Iskandar Puteri

Bina tembok cegah banjir di Iskandar Puteri
MOHD. HAFFIZ AHMAD (tengah) melihat pelan tembok pencegah banjir yang akan dibina bagi mengatasi isu banjir kilat di kawasan Iskandar Puteri.

ISKANDAR PUTERI: Projek pembinaan tembok pencegah banjir akan dilaksanakan segera di Kampung Baru Muafakat, di sini bagi mengatasi kejadian banjir kilat di kampung tersebut serta kawasan berhampiran.

Datuk Bandar Iskandar Puteri, Datuk Mohd. Haffiz Ahmad berkata, projek yang menelan belanja kira-kira RM5 juta itu merupakan pelan jangka panjang bagi mengatasi masalah banjir kilat yang membelenggu ribuan penduduk di kampung berhampiran.

Beliau berkata, pembinaan tembok pencegah banjir sepanjang dua kilometer itu turut merangkumi kerja mendalamkan sungai dan pembinaan rumah pam.

“Projek itu sudah dirancang sejak tahun lalu dan difahamkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor telah melantik konsultan bagi melaksanakan projek tersebut.



“Pelaksanaan kerja fizikal projek tembok pencegah banjir setinggi 1.2 meter itu akan bermula awal tahun depan dan dijangka siap pada 2025,” katanya selepas meninjau keadaan banjir di Kampung Baru Muafakat, di sini hari ini yang  turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Satu Lagi Tanah Rakyat Terengganu Kena Sakau Dengan PAS


Semalam, tiga bayi antara 13 mangsa banjir di Kampung Baru Muafakat, di sini yang diselamatkan dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).



Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan banjir kilat itu pada pukul 12 tengah hari.

Kejadian itu ekoran hujan lebat lebih dua jam dan menjejaskan penduduk di Kampung Baru Muafakat, Kampung Melayu Gelang Patah, Kampung Wawasan dan Bukit Tempurung.

Dalam pada itu, Mohd. Haffiz berkata, projek pembinaan jambatan besi di pekan Gelang Patah yang menjadi antara punca menyebabkan banjir kilat berlaku akan diteruskan dalam masa terdekat.

Katanya, projek menukar ganti jambatan besi menjadi jabatan konkrit sepanjang 400 meter telah dimulakan pada 2016, namun terhenti pada 2019.



“Kita telah mengadakan perbincangan dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor dan dimaklumkan projek itu akan disambung semula dalam masa terdekat yang dijangka siap setahun lagi. Harapnya, ia dapat membantu selesaikan isu banjir di kawasan berhampiran,” katanya.

Mengenai kejadian banjir kilat semalam, beliau memberitahu, pihaknya telah mengesan lapan ‘hotspot’ berlaku banjir di kawasan Iskandar Puteri, antaranya, Kampung Muafakat Baru, Jalan Gelang Patah-Skudai, Jalan Kilang Nenas, Taman Nusantara, Kampung Lalang, Nusa Puncak dan jalan berhampiran Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri. – UTUSAN

Bina tembok cegah banjir di Iskandar Puteri

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Satu Lagi Tanah Rakyat Terengganu Kena Sakau Dengan PAS




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading