Lebih 6.2 juta penduduk Sri Lanka berlapar
Lebih 6.2 juta penduduk Sri Lanka berlapar
MOSCOW: Lebih 6.2 juta penduduk di Sri Lanka menghadapi masalah kekurangan makanan dan keadaan itu dijangka bertambah buruk jika tidak ditangani segera.
Lapor Sputnik, jumlah itu merangkumi 28 peratus penduduk, manakala 66,000 orang lagi mengalami krisis makanan yang teruk.
Menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) dan Program Makanan Sedunia (WFP), isu keselamatan makanan di negara itu mungkin terus merosot disebabkan kekurangan barangan import, kenaikan harga barangan, masalah peluang pekerjaan dan hasil tanaman yang semakin sedikit.
PBB menjangkakan keadaan di Sri Lanka bertambah buruk pada Oktober 2022 sehingga Februari 2023.
Kedua-dua agensi itu juga menyatakan, kerajaan dan semua rakan kongsi Sri Lanka perlu menyediakan sokongan kepada rakyat melalui program bantuan makanan serta sara hidup.
Krisis kewangan yang dialami Sri Lanka ketika ini disifatkan paling teruk sejak negara itu mencapai kemerdekaan pada 1948.
Situasi itu didakwa berpunca daripada kekurangan pengaliran mata wang asing dan jumlah ketibaan pelancong asing akibat pandemik Covid-19.
Antara bahan kritikal yang paling teruk terjejas di negara itu termasuk bahan api dan gas.
Lebih 6.2 juta bakal hadapi krisis makanan di Sri Lanka – PBB
Lebih 6.2 juta penduduk Sri Lanka berlapar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- War Cabinet Akan Di Bentuk Selepas 28 September 2022?
- Jangan Manipulasi Titah Agong
- Mesyuarat MKT UMNO Di Tangguhkan
- “Kita humban mereka” – Anwar naik ‘syeh’
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Menara Merdeka 118 Legasi Najib mula bawa pulangan kepada Rakyat.