Hari bahagia Sweet Qismina dan Adam Lee semakin hampir
Beri ‘hint’ majlis nikah sama tarikh bertunang
Meskipun sudah mempunyai tarikh pernikahan, Sweet berkata dia dan Adam hanya akan mendedahkan kepada umum sebulan atau beberapa minggu sebelum majlis.
“Tarikh semua dah ada, insyaAllah dalam masa terdekat ini atau mungkin dalam sebulan atau pun beberapa minggu sebelum, memang kami akan umumkan kepada peminat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRU 15 Bulan November: PH & PN Bimbangkan Keselamatan Rakyat Atau Bimbangkan Perkara Lain?
- BN Akan Jadi Parti Dominan, Calon Kluster Mahkamah Mula Menggelabah
“Sejujurnya kami sebenarnya dah beritahu tahun lepas sewaktu majlis pertunangan, memang tarikh yang sama selepas setahun.
“Tapi tidak dinafikan dalam masa setahun macam-macam boleh terjadi. Mungkin juga orang dah lupa.
“Siapa yang tahu dan ingat bila kami bertunang, jadi mungkin mereka dah boleh agak bila tarikh pernikahan kami akan berlangsung,” ujar Sweet.
Berkongsi perasaan menjelang hari bahagia, Sweet tidak menafikan perasaan gementar dan berdepan dugaan sebelum mengakhiri zaman bujang.
Sweet bagaimanapun bersyukur kerana memiliki pasangan yang berada dalam industri yang sama, sekali gus memahami dirinya sebagai seorang selebriti.
“Gementar itu ada. Banyak dalam fikiran sebenarnya tetapi Alhamdulillah walaupun ada pelbagai dugaan sebelum berkahwin, saya bersyukur pasangan saya dalam industri yang sama.
“Disebabkan itu juga kami mengikat tali pertunangan selama satu tahun.
“Maknanya kami memerlukan waktu setahun itu untuk buat persiapan. Ada hari yang Adam free, dia akan uruskan, dan ada hari yang saya free, saya sendiri yang uruskan hal perkahwinan,” tambahnya.
Untuk info, pasangan selebriti ini mengikat tali pertunangan 25 Oktober 2021 selepas tiga tahun melayari alam percintaan dan bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun ini.
Hari bahagia Sweet Qismina dan Adam Lee semakin hampir
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ROS Akan Batalkan Kemenangan Jawatan Timbalan Presiden PKR Yang Di Menangi Rafizi?
- Usaha Muhyiddin Cuci Tangan Dengan Menyalahkan Ismail Sabri Dalam Masalah Ekonomi
- Ismail Sabri Kembali Kepada UMNO, Tiada Lagi Bisikan ‘Syaitan’ Selepas PRU 15
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :