Thailand sasar ketibaan 1.5 juta pelancong asing setiap bulan
Thailand sasar ketibaan 1.5 juta pelancong asing setiap bulan
BANGKOK: Thailand dijangka menerima kunjungan 1.5 juta pelancong asing setiap bulan pada suku terakhir tahun ini.
Pemangku Jurucakap Kerajaan Anucha Burapachaisri, berkata lebih lima juta pelancong antarabangsa melawat negara itu termasuk lebih satu juta ketibaan direkodkan sehingga bulan ini, selepas Thailand melonggarkan sekatan COVID-19.
“Thailand menyasarkan ketibaan sekurang-kurangnya 10 juta pelancong asing menjelang akhir 2022.
“Kerajaan sentiasa bekerjasama dengan sektor awam dan swasta yang berkaitan, serta pengusaha pelancongan, untuk mengenal pasti dan melaksanakan langkah-langkah mempromosikan pelancongan yang berkualiti.
“Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) merancang untuk bekerjasama dengan syarikat penerbangan bagi melancarkan kempen jualan dan pemasaran serta meneruskan promosi pelancongan semasa musim ramai pengunjung,” katanya dalam satu kenyataan.
Kerajaan juga mengakui perlunya pelan pelarasan operasi syarikat-syarikat penerbangan sejajar dengan peningkatan jumlah pelancong terutama pada musim berkenaan.
Anucha berkata industri pelancongan Thailand dijangka menjana pendapatan sehingga 2.38 trilion baht pada 2023.
Kerajaan berharap kedatangan pelancong pada tahun depan mencapai 80 peratus berbanding 40 juta ketibaan yang dicatatkan pada 2019.
“Thailand dijangka menjana 1.73 trilion baht, iaitu 970 bilion baht daripada pelancong asing dan 760 bilion baht daripada pelancong domestik.
“Dalam senario terbaik, Thailand dijangka menjana pendapatan 1.5 trilion baht daripada pelawat antarabangsa dan 880 bilion baht daripada pelancongan domestik,” katanya.
Thailand, merupakan antara destinasi pelancongan paling popular di Asia, serta dikunjungi hampir 40 juta pelancong pada 2019. – BERNAMA
Thailand sasar ketibaan 1.5 juta pelancong asing setiap bulan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ROS Akan Batalkan Kemenangan Jawatan Timbalan Presiden PKR Yang Di Menangi Rafizi?
- Usaha Muhyiddin Cuci Tangan Dengan Menyalahkan Ismail Sabri Dalam Masalah Ekonomi
- Ismail Sabri Kembali Kepada UMNO, Tiada Lagi Bisikan ‘Syaitan’ Selepas PRU 15
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :