Thailand lancar kempen hentikan permintaan terhadap produk gading



Thailand lancar kempen hentikan permintaan terhadap produk gading

Thailand lancar kempen hentikan permintaan terhadap produk gading
Foto hiasan

BANGKOK: Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID), Jabatan Taman Negara Thailand, Pemuliharaan Hidupan Liar dan Tumbuhan (DNP) serta WildAid melancarkan kempen mengurangkan penggunaan dan pembelian barang kemas serta aksesori berasaskan gading gajah.

KempenOnly Elephants Wear Ivory Bestmenampilkan pelakon dan supermodel Thailand, Cindy Sirinya Bishop, serta ahli astrologi dan feng shui Thailand terkenal, Master Tossaporn Sritula (Master Chang), dalam usaha menamatkan permintaan terhadap produk gading gajah dan menghalang pengguna membeli produk berkenaan pada masa hadapan.

Kempen itu juga menampilkan dua video berdurasi 32 saat yang dibintangi kedua-dua duta itu.



Pakar Pembangunan Program Misi Pembangunan Serantau USAID untuk Asia, Dr Suphasuk Pradubsuk, berkata kerajaan Amerika Syarikat (AS) kekal komited terhadap perkongsian produktif dengan Jabatan Taman Negara Thailand, Pemuliharaan Tumbuhan dan Hidupan Liar untuk menamatkan perdagangan hidupan liar secara haram dan melindungi alam sekitar serta kesihatan manusia dengan mengurangkan permintaan terhadap produk berkenaan.

Beliau berkata, kempen Beautiful without ivory USAID Wildlife Asia berjaya mengubah sikap kumpulan sasar dalam masa yang singkat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Kami berharap kempen Only Elephants Wear Ivory Best akan meneruskan trend ini,” kata Dr Suphasuk melalui satu kenyataan.

Menurut kajian USAID 2020, kempen ‘Beautiful without ivory’ membantu mengurangkan permintaan pembeli sebanyak 50 peratus dan penerimaan sosial untuk membeli serta menggunakan produk berkenaan turut menurun sehingga 50 peratus berbanding kajian sama dilaksanakan USAID pada 2018.



Persepsi bahawa ‘gading itu cantik’ menurun daripada 67 peratus pada 2018 kepada hampir 48 peratus pada 2020.

Kempen Only Elephants Wear Ivory Best juga bertujuan untuk membasmi pemacu utama penggunaan produk gading gajah di Thailand – kepercayaan bahawa produk terbabit membawa tuah kepada kehidupan dan menjanjikan kebahagiaan.

Sementara itu, Ketua Pengarah DNP, Rutchada Suriyakul Na Ayutya, berkata DNP bekerjasama rapat dengan USAID dan WildAid untuk membantu mengurangkan permintaan terhadap produk gading gajah haram sejak 2018.

“Mengurangkan permintaan terhadap produk hidupan liar haram adalah antara strategi lain untuk menghentikan perdagangan haram, selaras dengan panduan Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam (CITES).



“Kami benar-benar percaya bahawa dengan penguatkuasaan undang-undang di samping kempen seperti Only Elephants Wear Ivory Best, kami boleh mencipta nilai baharu dalam masyarakat untuk menghentikan penggunaan produk terbabit, serta menyumbang kepada pengurangan permintaan produk berasaskan gading dengan ketara,” katanya.

USAID, WildAid dan DNP akan mempromosikan video kempen dan visual utama melalui Facebook, serta saluran media sosial lain untuk memaksimumkan jangkauan penonton. – BERNAMA

TIMBALAN MENTERI LETAK JAWATAN, KRISIS BESAR MELANDA BERSATU

Thailand lancar kempen hentikan permintaan terhadap produk gading


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rafizi Hasut Rakyat Untuk Derhaka Kepada Agong?

 

 

 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker