Janna Nick jawab tuduhan sengaja tayang bentuk tubuh
“Dari belakang memang la nampak punggung”
Tampil menjawab tuduhan itu, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 27, menjelaskan video yang tular itu dirakam secara spontan oleh peminat yang hadir dalam satu acara, baru-baru ini.
Janna Nick bengang wanita dikaitkan dengan lambang seks.
“Dah dari belakang memang la nampak punggung. Takkan nampak hidung pulak. Kamu gatal, gatal, gatal,” katanya.
Janna mengulas mengenai video itu menerusi Instastory pada Rabu.
Dalam pada itu, Janna turut meluahkan rasa simpati dengan nasib segelintir wanita yang sering menjadi mangsa gangguan seksual.
“Habis tu nak kena buat apa ni? Kasihan jadi perempuan semua benda nak dijadikan seggs symbol. Kalau dah kambing pun kena rogol. Kalau memang jenis gatal… tengok buah epal pun dia bernafsu,” ujarnya.
Sementara itu, pelakon filem Juang ini turut menegur tindakan segelintir blogger yang menyampaikan berita tidak benar dan memanipulasi pembaca berdasarkan pada sekeping foto semata-mata.
Dah dari belakang memang la nampak punggung! – JANNA NICK PENYANYI & PELAKON
“Kadang-kadang tak faham dengan penulisan sesetengah blogger. Kalau ye pun headline kejar clickbait pastikanlah sumber tu sahih dan tak manipulasi pemikiran pembaca.
“Jangan sampaikan benda yang salah. Orang kita pula sejenis baca tajuk,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, tular video Janna Nick melambai peminat dari belakang memperlihatkan bentuk tubuhnya.
Video yang dimuat naik di TikTok itu dibanjiri dengan komen-komen berbaur lucah.
https://my-tv.online/2021/02/24/isu-janna-nick-ustaz-abu-samakan-nasib-kerap-difitnah/
Janna Nick jawab tuduhan sengaja tayang bentuk tubuh