Udang ghaib daripada pinggan
Wanita hairan kuis-kuis kuey teow goreng jumpa ekor tanpa badan... “Alamak sisa makanan orang ke?”
Udang ghaib daripada pinggan
Kadang-kadang terlebih masin, pedas, manis atau lebih teruk lagi, makanan yang dipesan tidak segar serta berbau.
Menurut wanita tersebut, dia memesan sepinggan kuey teow goreng udang, namun apa yang dihidangkan membuat dia kehairanan dan speechless.
“Tak tahu nak kata apa. Order kuey teow udang. Banyak betul ekor (udang). Mula-mula sampai pesanan tu, godek-godek dapat dua ekor.
“Aku pun panggil waiter. Ada ekor je ke? Udang mana? Dia gelak dan ambil balik,” kongsinya dalam laman Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni.
Tambah wanita tersebut, pelayan berkenaan kemudian kembali bersama pesanan makanannya yang baru kira-kira 10 minit kemudian.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mengapa Pengundi Atas Pagar Terutamanya Bangsa Cina Masih Menolak BN
- Perbalahan Antara Ismail Sabri Dan Muhyiddin Sudah Di Anggap Seperti Cerita Gembala Dan Orang Kampung
- Serangan Muhyiddin Kepada Ismail Sabri Menunjukkan Muhyiddin Sudah Koyak Teruk
“Dalam 10 minit hantar balik, dapat dua ekor udang cukup sifat. Tapi selebihnya 10 ekor tak ada badan. Harga not bad (boleh tahan) RM12.90.
“Tapi nok kabo sakning. Dok mari doh sini, sebab ambe dok makan ekor udang. Ambe makan udang je (Tapi nak beritahu, tak datang dah sini sebab saya tak makan ekor udang. Saya makan udang je),” tulisnya.
Ekor tu macam tu atau kena buka dengan orang lain? Alamak macam-macam terfikir, sisa-sisa makanan orang ke dia masukkan?
NETIZEN
Wanita tersebut turut memuat naik dua keping gambar memaparkan ekor udang yang ditemuinya di dalam hidangan kuey teow yang dipesan.
Daripada perkongsiannya, difahamkan restoran tersebut terletak di Bandar Seri Permaisuri, Cheras.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa jijik kerana mengesyaki ekor udang di dalam pesanan wanita berkenaan adalah daripada sisa makanan pelanggan lain.
“Macam bekas orang ‘kekoh’ je… jijik betul!
“Ekor tu macam tu atau kena buka dengan orang lain? Alamak macam-macam terfikir, sisa-sisa makanan orang ke dia masukkan?
“Kalau aku dah blah (keluar). Memang tak makan, Kalau complaint, silap-silap kena ludah makanan kita.
“Aku ni kalau tak puas hati, malas nak minta-minta tukar takut diludah pula dalam makanan kita nanti,” demikian antara komen netizen.
Udang ghaib daripada pinggan