Mampukah Anwar Menjinakkan DAP Sekiranya PH Berkuasa Semula

Mampukah Anwar Menjinakkan DAP Sekiranya PH Berkuasa Semula

Mampukah Anwar Menjinakkan DAP Sekiranya PH Berkuasa Semula

Walau pun cuba dinafikan dan walau pun Anwar Ibrahim adalah Pengerusi Pakatan Harapan, namun tidak dapat disangkal, DAP adalah parti dominan atau ‘big brother’ dalam Pakatan Harapan.

Mungkin penyokong tegar Anwar dan PKR tidak akan menyenangi kenyataan sedemikian, tetapi fakta dan sejarah tidak pernah menipu.



Krisis Politik Di Melaka

 

Mampukah Anwar Menjinakkan DAP Sekiranya PH Berkuasa Semula

Krisis politik di Melaka mula berlaku sekitar bulan Oktober 2021.

Ketika itu tular di media, langkah Anwar untuk menjatuhkan kerajaan negeri yang diterajui oleh Sulaiman Md Ali dari UMNO/BN.



Kerajaan Melaka ketika itu mempunyai 17 ADUN, 14 dari Umno, 2 dari PPBM dan 1 Bebas, manakala pembangkang (PH) pula 11 ADUN.

Percaturan Anwar adalah sekiranya 4 ADUN menarik sokongan dari blok kerajaan dan memberikan sokongan kepada PH, maka PH boleh membentuk kerajaan negeri.

Baca di sini:

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/10/761457/politik-melaka-bergolak



Sekiranya percaturan Anwar menjadi, maka PH akan mempunyai 15 ADUN dan BN mempunyai 13 ADUN.

Bagi Anwar, pembentukan kerajaan yang tidak stabil dengan majoriti yang sangat tipis, bukanlah isu yang perlu dilihat dengan mendalam.

Yang paling penting ialah mendapatkan kuasa memerintah di Melaka.

Mampukah Anwar Menjinakkan DAP Sekiranya PH Berkuasa Semula



Lalu berlaku pertemuan antara Anwar dengan 4 orang ADUN blok kerajaan, 2 dari UMNO, 1 dari PPBM dan 1 Bebas.

Anwar memujuk mereka supaya menarik sokongan dari kerajaan bagi membentuk kerajaan baharu dengan menjanjikan jawatan Ketua Menteri kepada salah seorang dari mereka.

Perkara ini diakui sendiri oleh salah seorang mantan ahli parlimen dari PH.

Baca di sini:



https://www.agendadaily.com/politik/mp-pkr-akui-ph-punca-krisis-salahkan-anwar-jumpa-4-adun/

ADUN Bebas yang menarik sokongan adalah ADUN yang memenangi kerusi DUN di atas tiket DAP.

Apabila berlaku pembubaran kerajaan negeri, ADUN tersebut mahu menyertai dan bertanding atas tiket PKR/PH sebagaimana yang telah dijanjikan Anwar.

Baca di sini:



https://www.agendadaily.com/politik/ph-sahkan-sedia-terima-4-adun-jadi-punca-krisis-melaka/

Tetapi kerana bantahan DAP, maka permohonan beliau ditolak dan terpaksa bertanding atas tiket Bebas.

Baca di sini:

https://www.utusan.com.my/terkini/2021/10/dap-tolak-yb-viral-norhizam-calon-prn-melaka/

Walau pun sudah berjanji, Anwar terpaksa akur dengan kehendak ‘big brother’ dalam PH.

Terpaksa Memberi Laluan Kepada Calon MUDA Atas Arahan DAP

 

Mampukah Anwar Menjinakkan DAP Sekiranya PH Berkuasa Semula

Selepas berlaku pergolakan politik di Melaka, berlaku pula pergolakan politik di Johor.

Segalanya bermula apabila Bajet 2023 mendapat bilangan undi menyokong dan menentang yang sama banyak.

Namun Speaker DUN Johor dari parti PAN telah mengambil keputusan untuk menyokong bajet tersebut supaya ianya dapat diluluskan oleh DUN Johor.

Isu ini mendapat perhatian seluruh negara dan akhirnya keputusan membubarkan DUN Johor terpaksa diambil bagi membentuk kerajaan yang lebih stabil.

Dalam pengagihan calon antara parti di dalam PH, kerusi DUN Puteri Wangsa menjadi rebutan antara PKR dan MUDA.

PKR mendakwa kerusi DUN tersebut adalah milik mereka, manakala MUDA pula mahu kerusi tersebut diberikan kepada MUDA.

Kehendak MUDA mendapat sokongan DAP dan akhirnya Anwar Ibrahim sekali lagi terpaksa akur dengan kehendak DAP, walau pun tahu peluang untuk menang di DUN tersebut adalah besar.

Ini membuatkan Ketua Wanita PKR Johor menjadi marah, namun Anwar tidak boleh berbuat apa-apa apabila DAP sudah bersuara.

Baca di sini:

https://suara.tv/10/02/2022/ketua-wanita-pkr-johor-bantah-muda-tanding-dun-puteri-wangsa/

Mahathir Yang Berpengalaman Tidak Mampu Menjinakkan DAP

Mampukah Anwar Menjinakkan DAP Sekiranya PH Berkuasa Semula

Walau pun penulis bukan penyokong Dr Mahathir, namun harus penulis akui, Dr Mahathir satu-satunya ahli politik yang paling berpengelaman di Malaysia.

22 tahun dan 22 bulan menjadi perdana menteri sudah cukup untuk menerangkan pengalaman Dr Mahathir.

Namun, seorang ahli politik yang berpengalaman dan digelar diktator itu dilihat gagal untuk menjinakkan DAP di era Pakatan Harapan selama 22 bulan.

Perlantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara dan Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara adalah atas arahan DAP.

Dan kedua-dua perlantikan itu banyak memberi munafaat yang besar kepada DAP.

Begitu juga dengan pembahagian bajet negara dalam bidang pendidikan, segala-galanya mengikut kehendak dan arahan DAP.

Dr Mahathir dilihat hanya menjadi boneka kepada agenda DAP, sesuatu yang tidak berlaku di era pemerintahan beliau selama 22 tahun.

Sekiranya Dr Mahathir sendiri tidak mampu menjinakkan DAP, apakah Anwar mampu menjinakkan DAP sekiranya Pakatan Harapan sekali lagi berkuasa?

 

Mampukah Anwar Menjinakkan DAP Sekiranya PH Berkuasa Semula

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button