Denda 1 juta rupiah beri wang kepada pemuzik jalanan
Denda 1 juta rupiah beri wang kepada pemuzik jalanan
SEMARANG: Orang ramai yang memberi wang dan barangan kepada pemuzik jalanan, badut jalanan dan ‘manusia perak’ di sekitar kawasan Kota Semarang boleh didenda sehingga 1 juta rupiah (RM304.71).
Ketua Khidmat Sosial Bahagian Pelacuran dan Pemerdagangan Orang Kota Semarang, Bambang Sumedi berkata, pihaknya tidak membenarkankan pemberian wang kerana kumpulan itu turut dikira sebagai pengemis, gelandangan dan golongan terbiar.
“Denda dikenakan kepada sesiapa sahaja jika memberikan wang atau barangan kepada golongan itu di kawasan jalan raya atau tempat umum,” jelasnya.
Bagaimanapun denda tersebut tidak dikenakan jika golongan itu berada di perkampungan atau kawasan perumahan.
Justeru itu, Bahagian Khidmat Sosial bekerjasama dengan ketua-ketua daerah dan jawatan kuasa penduduk untuk memasang kain rentang di kawasan mereka.
“Kain rentang itu mengandungi larangan pengemis dan pemuzik jalanan memasuki kawasan perumahan,” tambahnya.
Bambang berkata, langkah tersebut terpaksa dilakukan bagi menyekat ruang golongan tersebut berlegar.
“Pergerakan mereka berjaya disekat dan ramai semakin sedar memberikan wang kepada golongan itu adalah salah,” katanya.-AGENSI
Secara Tiba Tiba Anwar Mengaku Sebagai Orang Perak, Bior Betoi Yop…
Denda 1 juta rupiah beri wang kepada pemuzik jalanan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRU 15: Sekali Lagi BN Sabah Akan Di Khianati PPBM/GRS
- YB Beliau Akan Bertanding Di PRU 15 Di Atas Tiket PH Melaka
- Zulpuri ‘lari’ ke Parlimen Lipis
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Secara Tiba Tiba Anwar Mengaku Sebagai Orang Perak, Bior Betoi Yop…