China dituduh tubuh ‘balai polis haram’ di Eropah untuk kawal pergerakan rakyat
China dituduh tubuh ‘balai polis haram’ di Eropah untuk kawal pergerakan rakyat
AMSTERDAM: Kerajaan China didakwa menubuhkan sekurang-kurangnya dua balai polis yang tidak diisytiharkan di Belanda.
Media Belanda menemukan bukti mengenai balai polis berkenaan yang dipercayai digunakan untuk ‘menutup mulut kumpulan penentang China’ di Eropah.
Kedutaan China di Belanda pula memaklumkan pihaknya ‘tidak mengetahui perkara tersebut’ dan enggan mengulas lanjut.
Siasatan mengenai balai polis berkenaan dimulakan selepas satu laporan dikeluarkan oleh badan bukan kerajaan yang berpangkalan di Sepanyol, Safeguard Defenders.
Menurut pertubuhan tersebut, biro keselamatan awam dari dua wilayah China menubuhkan 54 ‘pusat perkhidmatan polis luar negara’ di lima benua dan 21 negara.
Kebanyakannya berada di Eropah, termasuk sembilan di Sepanyol dan empat di Itali.
Di United Kingdom (UK), dua balai polis haram ditemukan di London dan satu di Glasgow.
Kesemua balai tersebut kononnya ditubuhkan untuk menangani jenayah rentas negara dan menjalankan tugas pentadbiran, seperti pembaharuan lesen memandu China.
Namun, menurut Safeguard Defenders, kesemua balai tersebut sebenarnya memaksa mana-man rakyat yang menentang rejim China supaya pulang ke tanah air.
Secara Tiba Tiba Anwar Mengaku Sebagai Orang Perak, Bior Betoi Yop…
China dituduh tubuh ‘balai polis haram’ di Eropah untuk kawal pergerakan rakyat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRU 15: Sekali Lagi BN Sabah Akan Di Khianati PPBM/GRS
- YB Beliau Akan Bertanding Di PRU 15 Di Atas Tiket PH Melaka
- Zulpuri ‘lari’ ke Parlimen Lipis
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Secara Tiba Tiba Anwar Mengaku Sebagai Orang Perak, Bior Betoi Yop…