Wawa Zainal Tidak Sengaja Dedah Aurat

Nafi Pemakaian Dah Berubah

Wawa Zainal Tidak Sengaja Dedah Aurat

Wawa Zainal Tidak Sengaja Dedah Aurat

Nama pelakon Wawa Zainal menjadi sebutan ramai selepas video yang dimuat naik di Instagram (IG) menampakkan bahagian leher dan telinganya.

Akan perbaiki diri

Wawa Zainal Tidak Sengaja Dedah Aurat



Ketika ditemui OhBulan!, Wawa tampil menjelaskan isu aurat terdedah ketika menari dengan anak perempuannya, Hayla Magfiraul Adzkiyaa untuk video promosi produk pewarna bibir, Fruit Candy Lip Tint.

Kata usahawan terkenal itu, perbuatan itu sama sekali tidak disengajakan. Aktres berumur 31 tahun ini menyatakan dia sedang berusaha memperbaiki diri menjadi insan lebih baik.

Semua orang Islam nak perbaiki diri. Masalahnya ayat mereka (netizen), ‘makin kaya makin singkat’. Tak ada la. Insya-Allah kita perbaiki dari semasa ke semasa.

Sementara itu, aktor Aeril Zafrel, 33, menafikan pemakaian isterinya sudah mula berubah.



Dia tak perasan waktu menari itu ada ternampak telinga. Dia bukan berubah cuma tidak perasan.

Wawa dan Aeril berkata demikian ketika majlis pelancaran pewarna bibir, Fruit Candy Lip Tint di Boathouse, Ampang, pada malam Selasa.

Dua perisa baru

Wawa Zainal Tidak Sengaja Dedah Aurat

Bercerita mengenai pewarna bibir Fruit Candy Lip Tint, pemilik nama Nur Hawa Zainal Abidin menyatakan untuk edisi kali ini dia mengeluarkan dua perisa baharu iaitu peach dan epal.



Sebenarnya Wawa lip tint ini pernah dikeluarkan sebanyak dua kali sebelum ini, tapi asyik sold out sahaja. Kali ini, kita keluarkan pun sudah hampir sold out juga walaupun belum dilancarkan secara rasmi lagi.

Untuk kali ini, hanya 80,000 unit sahaja dan telah sold out sebanyak 65,000 unit.

Sumber: Instagram @w4w4_zainal

Secara Tiba Tiba Anwar Mengaku Sebagai Orang Perak, Bior Betoi Yop…



Wawa Zainal Tidak Sengaja Dedah Aurat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Secara Tiba Tiba Anwar Mengaku Sebagai Orang Perak, Bior Betoi Yop…



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button