‘Abang rokok’ curi tumpuan acara maraton di China
Abang rokok’ curi tumpuan acara maraton di China
JIANDE, China: Seorang pelari maraton yang dikenali sebagai ‘pakcik Chen’ mencuri perhatian ramai apabila menghisap rokok sepanjang menyertai acara tersebut yang berlangsung di sini, baru-baru ini.
Chen yang berusia 50 tahun berjaya menghabiskan larian sejauh 41 kilometer itu dalam masa 3 jam 28 minit, sekali gus menempatkannya di kedudukan 574 dari 1,500 peserta.
Pencapaian itu secara tidak langsung memecahkan rekodnya sebelum ini iaitu 3 jam 36 minit pada 2018, dan 3 jam 32 minit pada 2019.
Dalam kedua-dua acara tersebut, Chen juga dilaporkan menghisap rokok dari garis permulaan sehingga tamat.
Dalam kalangan pelari, Chen dikenali sebagai ‘Abang Rokok’ dan tabiatnya itu tidak pernah menghalangnya menyertai lebih banyak acara larian.
Ada sumber menyatakan Chen boleh berlari lebih laju apabila menghisap rokok dan perkara itu tidak ditegah memandangkan tiada peraturan yang menghalang pelari merokok ketika menyertai acara.
Imej Chen yang berlari sambil merokok tular dalam media sosial China dan menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Ada yang menzahirkan rasa kecewa kerana acara menyihatkan itu tidak sepatutnya dicemari dengan tabiat merokok, namun ada juga yang menyokong tindakannya.
‘Abang rokok’ curi tumpuan acara maraton di China
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mas Emieryati Cuba Bersembunyi Di Sebalik Imej Simpati
- Maszlee Malik Di Usir Penduduk Tempatan Ketika Mahu Berkempen
- Mas Ermieyati Gagal jadi Ketua Menteri berkemungkinan akan gagal jadi Ahli Parlimen selepas PRU15
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Calon BN Mula Mengatasi Calon Lain Di Parlimen Masjid Tanah