Rakyat Bukan Melayu Mahu Pakatan Harapan Kurangkan Bercakap, Tumpu Usaha Selesaikan Masalah



Rakyat Bukan Melayu Mahu Pakatan Harapan Kurangkan Bercakap, Tumpu Usaha Selesaikan Masalah

Gangguan Sistem Kawalan Tren Automatik (ATC) yang tidak stabil menjadi punca kepada gangguan perkhidmatan tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya pada minggu lepas.

Baca di sini:

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/11/901253/sistem-atc-tidak-stabil-punca-gangguan-lrt



Akibatnya pergerakan harian puluhan ribu pengguna LRT di ibukota telah terganggu dan menyebabkan kesesakan yang luarbiasa.

Ketika Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dan kerajaan bertungkus lumus untuk menyelesaikan masalah tersebut, Pakatan Harapan (PH) dengan segera mengambil kesempatan.

Satu sidang media sengaja diadakan di stesen LRT Taman Universiti.

Tujuannya adalah untuk menyemarakkan lagi keresahan dan kemarahan rakyat.



Pemimpin PH menuduh kerajaan tidak mengambil langkah segera untuk jangkamasa pendek dan panjang bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Dan seperti biasa, kesusahan rakyat sengaja dipolitikkan untuk meraih perhatian rakyat dan untuk membuktikan bahawa kononnya PH adalah pembela nasib rakyat.

Sama ada pemimpin PH tidak tahu, atau sengaja menyembunyikan fakta, sebaik sahaja masalah itu timbul, pihak Rapid KL sudah sediakan bas pengantara kepada rakyat.

Baca di sini:



https://sumberkini.my/sistem-lrt-terganggu-rapid-kl-sedia-bas-perantara-stesen-kelana-jaya-klcc/

Namun dalam kerancakan pemimpin PH melemparkan tuduhan kepada kerajaan, tampil seorang rakyat bukan Melayu menempelak sikap pemimpin PH tersebut.

Wanita berbangsa Cina itu mahu pemimpin PH kurangkan bercakap dan membuat tuduhan, tetapi menumpukan usaha untuk membantu rakyat.

Tergamam dengan apa yang dilontarkan oleh wanita berbangsa Cina itu, Fahmi Fadzil dengan segera mengaitkan Barisan Nasional atas permasaalahan tersebut.



Mungkin Fahmi Fadzil sedang menderita dengan penyakit Alzheimer, Barisan Nasional adalah parti politik dan bukannya syarikat yang mengendalikan perkhidmatan LRT.

Rasanya lebih baik pemimpin PH dengar nasihat wanita berbangsa Cina tersebut, kurangkan bercakap dan tumpukan usaha untuk menyelesaikan masalah.

 

Rakyat Bukan Melayu Mahu Pakatan Harapan Kurangkan Bercakap, Tumpu Usaha Selesaikan Masalah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker