Enam warga Myanmar didakwa belasah dua beranak guna kayu

Enam warga Myanmar didakwa belasah dua beranak guna kayu

Enam warga Myanmar didakwa belasah dua beranak guna kayu
Enam warga Myanmar dituduh mendatangkan cedera parah terhadap dua beranak akhir bulan lalu. – Foto NSTP/Meor Riduwan Meor Ahmad

MELAKA: Enam pekerja kilang warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini, atas dua pertuduhan membelasah dua beranak dengan kayu hingga menyebabkan seorang daripada mangsa koma akhir bulan lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Kyaw Swar Tun, 21, Win Zaw,30, Zin Min Htet, 23, Nyi Lin Paing, 23, Aung Myint Thein dan Mya Soe, 33, kerana ketiadaan jurubahasa Myanmar untuk membacakan dan menerangkan pertuduhan itu di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.

Terdahulu, semua tertuduh mendakwa boleh memahami sedikit bahasa Melayu, namun apabila pertuduhan dibacakan sebanyak dua kali oleh jurubahasa, mereka gagal memahaminya.



Mengikut kedua-dua pertuduhan, mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas MK Daniel, 19, dan bapanya, E Murali Kuppusami, 50, dengan menggunakan kayu iaitu alat yang mungkin menyebabkan kematian.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di bawah Blok L, Pangsapuri Taman Tasek Utama, Ayer Keroh, pada 31 Oktober lalu, kira-kira 10.40 malam.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersekali Seksyen 34 kanun sama, sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim tidak menawarkan sebarang jaminan atas alasan kes itu membabitkan pergaduhan beramai-ramai dan menggunakan senjata batang besi serta kayu hingga menyebabkan seorang daripada mangsa masih koma hingga kini dan peluangnya untuk hidup adalah tipis.



Katanya, semua tertuduh adalah warga asing dan sekiranya jaminan dibenarkan, kebarangkalian mereka untuk lari dari menghadiri prosiding kes selepas ini adalah tinggi.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 21 Disember depan bagi mendapatkan jurubahasa Myanmar dan tiada jaminan ditawarkan.

JDT belasah Kelantan



Enam warga Myanmar didakwa belasah dua beranak guna kayu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Keunikan Zahid sebagai Presiden UMNO.

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button