Nad Zainal mula buka mata, kurang bergantung mesin oksigen

Nad Zainal mula buka mata, kurang bergantung mesin oksigen

Nad Zainal mula buka mata, kurang bergantung mesin oksigen

PETALING JAYA: Keadaan pelakon, Nad Zainal dilaporkan semakin baik apabila sudah kurang bergantung kepada mesin oksigen dan mula membuka mata sebelum tidur semula.

Perkembangan terkini itu dimaklumkan pengarah, Shahrulezad Mohameddin yang turut memberitahu luka pada bahagian paru-paru pelakon Hati Yang Tersakiti itu semakin sembuh dan ia turut berfungsi dengan lebih baik.



Malah, katanya, sebahagian dos ubat juga mula dikurangkan dan diberhentikan selepas doktor melihat keadaan Nad atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal Abidin semakin stabil.

“Cuma, doktor tidak mahu memaksa sangat. Sekali-sekala, Nad ada membuka matanya dan tidur semula.

“Syukur tidak terhingga. Terima kasih Allah SWT yang telah mengabulkan doa kita semua. Saya harap kita akan terus berdoa. Saya mewakili keluarga dan sahabat Nad dengan rendah diri ingin mengucapkan terima kasih di atas doa tulus kalian,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.

Minggu lalu, ibu dua cahaya mata itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Ampang selepas mengadu tidak sihat dan mengalami sakit dada serta kesukaran bernafas.

Shahrulezad turut memaklumkan, majlis doa selamat dan solat hajat bagi mendoakan kesembuhan Nad akan diadakan di Masjid al-Mustaqim, Jalan Ampang Putra, Ampang, pada pukul 6.45 petang ini.



Keunikan Zahid sebagai Presiden UMNO.

Nad Zainal mula buka mata, kurang bergantung mesin oksigen

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Keunikan Zahid sebagai Presiden UMNO.



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button