Mayat 27 pendatang ditemukan di padang pasir Chad

Mayat 27 pendatang ditemukan di padang pasir Chad

Mayat 27 pendatang ditemukan di padang pasir Chad
GAMBAR hiasan. – AGENSI

N’DJAMENA: Empat kanak-kanak antara 27 mayat pendatang ditemukan di padang pasir Chad.

Lapor Al Jazeera, Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) memaklumkan kesemua mangsa meninggal dunia akibat kehausan.Menurut IOM, kumpulan pendatang itu berlepas menaiki trak pikap hampir setahun lalu dari Moussoro, sebuah bandar di barat tengah Chad.

“Pendatang itu dipercayai tersesat jauh di padang pasir selepas trak pikap dinaiki mereka rosak dan akhirnya kesemua mangsa mati kehausan,” jelasnya.



Chad bersempadan dengan Libya di sebelah utara dan merupakan `transit’ bagi pendatang yang cuba sampai ke Mediterranean.

Jelas IOM, lebih 5,600 orang meninggal dunia atau hilang ketika cuba merentasi Gurun Sahara dalam tempoh lapan tahun lalu, dengan 110 kes kematian pendatang dilaporkan di Chad termasuk penemuan 27 mayat tersebut.

Bagaimanapun, angka kematian sebenar dipercayai jauh tinggi memandangkan banyak kes tidak direkodkan.

Tambah IOM, hampir 150 pendatang meninggal dunia di padang pasir itu pada tahun ini.



Sementara itu, Ketua Misi IOM di Chad, Anne Kathrin Schaefer menzahirkan rasa sedih dengan insiden terbaharu itu dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Apa Bukti Sabahkini Untuk Kaitkan Noh Omar Dalam Projek Tebatan Banjir Selangor?

Mayat 27 pendatang ditemukan di padang pasir Chad


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Apa Bukti Sabahkini Untuk Kaitkan Noh Omar Dalam Projek Tebatan Banjir Selangor?



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button