Malaysia antara 10 negara paling terdedah pengaruh China

Malaysia antara 10 negara paling terdedah pengaruh China

Malaysia antara 10 negara paling terdedah pengaruh China

BEIJING: Satu kajian baharu menunjukkan Malaysia antara 10 negara teratas yang paling terdedah kepada pengaruh China.

Lapor voanews.com, laporan Indeks China 2022 menunjukkan Malaysia berada pada kedudukan ke-10 dengan memperoleh skor 189/388.



Antara kategori yang paling dipengaruhi oleh China adalah hubungan ekonomi, budaya, teknologi dan penguatkuasaan undang-undang.

Kajian itu dijalankan dan diterbitkan oleh rangkaian China in the World (CITW), sebuah inisiatif kumpulan anti-disinformasi yang berpangkalan di Taiwan, Doublethink Lab.

Ia menilai pengaruh China di 82 buah negara dengan meminta pandangan pakar berhubung aktiviti republik itu di negara masing-masing.

Skor diperolehi merangkumi sembilan kategori seperti pendidikan tinggi, politik, hubungan ekonomi, dasar luar, penguatkuasaan undang-undang, media, kerjasama ketenteraan, hubungan budaya dan teknologi.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Beberapa aktiviti Beijing di luar negara termasuk lawatan berbayar untuk pegawai kerajaan, biasiswa pelajar, latihan kewartawanan, pembiayaan penyelidikan, perdagangan, pelaburan dan kerjasama ketenteraan.

Dalam pada itu, Pakistan berada pada kedudukan pertama dalam senarai negara paling dipengaruhi China dengan memperoleh skor 242/380.

Kemboja dan Singapura masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga sebagai negara paling terdedah kepada pengaruh China.

Kemboja memperoleh skor 233/376 manakala Singapura pula meraih sebanyak 228/384.



Sebanyak lapan negara Asia menduduki senarai 10 negara teratas paling terdedah kepada pengaruh China.

Sementara itu, Pengerusi Doublethink Lab, Puma Shen berkata, kajian itu membolehkan orang di seluruh dunia melihat bagaimana China mendekati negara mereka.

“Dengan membandingkan semua ranking dan strategi berbeza, semua negara ini boleh belajar mengenai satu sama lain, seperti bagaimana menentang operasi pengaruh China,” katanya.

Caption pixs: PEMANDANGAN latar langit bandar raya Kuala Lumpur. – AFP



SPRM perlu soal siasat doktor beri Cuti sakit kepada Zeti , sama seperti siasat Rosmah.

Malaysia antara 10 negara paling terdedah pengaruh China


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


SPRM perlu soal siasat doktor beri Cuti sakit kepada Zeti , sama seperti siasat Rosmah.



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button