Peniaga nasi lemak melecur gara-gara paip gas bocor [VIDEO]
Sekelip mata api menyambar! Gagahkan diri buka kedai demi cari rezeki
Peniaga nasi lemak melecur gara-gara paip gas bocor
MALANG tidak berbau.
Begitulah gambaran mengenai kisah seorang peniaga nasi lemak yang berdepan detik cemas apabila dapur masakannya meletup secara tiba-tiba, baru-baru ini.
Ketika kejadian mangsa, Amy Nurfarhana yang mengusahakan perniagaan dikenali sebagai ‘Syurga Nasi Lemak’ di Sekinchan, Selangor, sedang memasak menggunakan kuali besar sebelum berlaku letupan, menyebabkan api menjulang tinggi dalam dapur kedainya.
Menerusi video tular di TikTok, api mula menjulang daripada dapur yang dilihat sedang menggoreng sesuatu turut menyambar lantai dan beberapa objek lain sebelum ia terpadam, beberapa saat kemudian.
Menurut wanita itu, dia yang mengalami kecederaan lecur pada kaki tetap meneruskan kerjanya demi memenuhi permintaan pelanggan pada hari tersebut.
“Alhamdulillah. Semuanya selamat. Mesti ada yang pelik kenapa hari ini saya berkaki ayam layan pelanggan. Kaki saya melecur sedikit.
Getah gas tiba-tiba tercabut… sebelum kejadian dah selesai masak beberapa jenis lauk.
AMY NURFARHANA
“Minta maaf juga jika lambat membungkus. Saya dah habis kuat untuk hari ini,” ujar wanita itu menerusi video di TikTok yang meraih lebih 400,000 tontonan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Shahril Hamdan Cadang UMNO Tubuh Unit Penyelidikan
- BN akan jadi ‘tawanan perang’ jika bersama PN
- Pemilihan Umno, Anwar sokong siapa?
Di ruangan komen, ramai netizen turut memuji sikap tenang wanita itu yang langsung tidak kelam-kabut ketika kejadian letupan itu.
Pada masa sama, netizen turut menitipkan doa agar dia diberi kesembuhan segera dan dapat kembali berniaga seperti biasa.
“Nasib la akak ni tak kelam-kabut. Kalau saya, mahunya menjerit dulu, tak sempat nak fikir apa dah. Nampak api macam tu, akak steady je. Semoga dipermudah segala urusan.
“Allahuakhbar. Semoga akak cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki. Amin.
“Ya Allah Amy. Semoga okey semuanya. Please hati-hati, Ya Allah,” tulis beberapa netizen.
Dalam video tular itu, Amy turut kelihatan mengetuk penyepit besi pada kuali sebelum api tiba-tiba menjulang ke udara.
Dia bagaimanapun menafikan perbuatan tersebut sebagai punca utama, sebaliknya menjelaskan bahawa ia berlaku kerana masalah getah pada tong gas.
“Getah gas tiba-tiba tercabut. Sebelum kejadian dah selesai masak beberapa jenis lauk. Bukan sebab api terlampau besar tapi memang tiba-tiba tekanan besar.
“Dan bukan sebab ketuk. Tu bunyi daripada letupan. Cepat-cepat buka kepala gas dan api terus perlahan. Dah perasan pelik kenapa tiba-tiba api boleh besar. Selalu tak lebih daripada kuali apinya. Terus tercabut getah gasnya.
“Daripada pandangan depan memang nampak macam ketuk tapi tidak. Kalau sebab ketuk terjadinya api macam ni, rasanya tak ada kedai tomyam buka. Sis boleh tengok orang yang masak masakan panas tu macam mana dia masak,” jelas Amy lagi kepada netizen yang bertanya.
Selain nasi lemak, Amy turut menghasilkan kuih muih, mihun dan nasi dagang untuk dijual di kedainya yang beroperasi seawal 6.30 pagi.
Amy sebelum ini kerap berkongsi video masakannya di TikTok dan mempunyai hampir 10,000 pengikut.
Peniaga nasi lemak melecur gara-gara paip gas bocor [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemilihan Parti UMNO : Platform untuk Kluster Broker rampas kuasa kepimpinan.
- KJ direstui Anwar untuk lawan Zahid?
- Apa Status Siasatan Kes Nazlan Dan Tommy Thomas?