Lelaki dikhuatiri lemas ketika berkhemah di Tasik Gubir

Lelaki dikhuatiri lemas ketika berkhemah di Tasik Gubir

Lelaki dikhuatiri lemas ketika berkhemah di Tasik Gubir
Anggota Briged Sukarelawan Yayasan Jariah Malaysia (BSYJM) ketika membantu pihak berkuasa mencari mangsa yang dipercayai lemas di Tasik Gubir petang semalam. – Foto BSYJM

SIK: Pemuda dikhuatiri lemas selepas terjatuh ketika cuba menyeberangi sungai ketika berkhemah bersama rakannya di kawasan Tasik Gubir, di sini semalam.

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Amirul Akmal Rashid, 29, dari Kuala Nerang, dikatakan sudah berkhemah di kawasan itu bersama tujuh rakan sejak Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, antara aktiviti dilakukan mereka adalah menangkap ikan dan pada pagi hari kejadian, mangsa bersama empat rakan menaiki bot untuk memancing di kawasan tasik



Katanya, dua rakan lain tidak menyertai mereka dan berada di tapak perkhemahan.

“Bagaimanapun pada jam 1.30 tengah hari, mereka berlima kembali ke tapak perkhemahan itu untuk menjala ikan di tepi sungai berhampiran.

“Ketika mangsa cuba turun dari bot sebaik tiba, namun aliran sungai yang tiba-tiba deras menyebabkan dia dan rakannya panik serta cuba melarikan diri ke tebing sungai.

“Ketika itu mangsa tidak sempat sampai ke tebing dan hanyut dibawa arus deras sungai,” katanya ketika dihubungi hari ini.



Abdull Razak berkata, pihaknya yang menerima laporan berhubung kejadian pada 5.30 petang semalam dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan sebelum ditangguh pada 7.30 malam.

Operasi bersambung semula 8 pagi ini yang turut disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Tanah runtuh: 100 orang dikhuatiri tertimbus di Batang Kali



Lelaki dikhuatiri lemas ketika berkhemah di Tasik Gubir

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Gelombang Covid-19: Kerajaan Tidak Boleh Ulangi Kesilapan Kerajaan PH & PN



DISYORKAN UNTUK ANDA :

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button