Shakilla Khoriri – Hidup Dalam Kemampuan Sendiri
Ini Pesan Buat Orang Yang Suka Meniru Cara Orang Lain
Shakilla Khoriri – Hidup Dalam Kemampuan Sendiri
Satu gambar yang dimuat naik oleh Shakilla Khoriri mendapat pelbagai reaksi dan pujian serta tanda setuju dari netizen.
Bergambar Bersama Anak
Dalam gambar terbaru yang dimuatnaik melalui Instagram tersebut, Shakilla ada memuat naik gambar berpelukan mesra bersama anaknya.
Dia yang tersenyum lebar dalam gambar tersebut memuat naik ‘caption’ yang sangat positif dan berunsurkan nasihat kepada dirinya dan netizen yang mengikutinya di laman sosial tersebut.
Meniru Cara Lain
Tulisnya, apa yang dia perasan, sekarang ini kebanyakkan manusia sudah mula untuk meniru cara hidup orang lain, tidak kira samada individu tersebut dalam kalangan artis mahupun bukan artis.
Dia juga mengakui setiap apa yang dilakukan dan tunjukkan di media sosial bertujuan untuk wanita-wanita dan ibu-ibu diluar dapat berkongsikan kekuatan dan melakukan sesuatu yang positif untuk ahli keluarga dan orang yang tersayang.
Hidup Dalam Kemampuan Sendiri
Shakilla juga menyatakan bahawa zaman sekarang ramai manusia yang telah cuba sedaya upaya untuk meniru gaya orang lain dengan tujuan untuk mendapatkan ‘viral’, memerli mahupun bersaing.
Katanya, manusia perlulah hidup dalam kemampuan sendiri dan tidak perlu untuk bersaing mahupun meniru cara orang lain kerana perkara tersebut akan menambahkan lagi kesakitan dalam diri.
‘Caption” yang ditulis oleh Shakilla secara random tanpa ditujukan kepada sesiapa tersebut mendapat pujian dan tanda setuju dari hampir semua netizen yang memberikan komen diruangan instagram miliknya.
Tuah suara seperti Jep Sepahtu
Shakilla Khoriri – Hidup Dalam Kemampuan Sendiri
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina bakal tawar diri Naib Presiden?
- Sepupu Kepada Menantu Muhyiddin Di Reman SPRM
- BN Sabah Tarik Sokongan, Kerajaan GRS Sabah Tumbang
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :