Pemilihan UMNO: Hishamuddin Dan Khairy Hanya Sekadar ‘Diversion’ Untuk Melindungi Pencabar Zahid
Pemilihan UMNO: Hishamuddin Dan Khairy Hanya Sekadar ‘Diversion’ Untuk Melindungi Pencabar Zahid
Dalam satu kenyataan ketika forum di Institut ISEAS (Yusof Ishak Singapura), Khairy Jamaluddin (KJ) memberi jaminan:
“Sekiranya beliau atau sekutu beliau menjadi presiden UMNO, mereka tetap akan menyokong Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan”.
Baca di sini:
https://www.malaysiakini.com/news/651061
Dalam kenyataan yang sama, KJ juga berkata, pemilihan UMNO kali ini adalah sangat penting, ia akan menentukan jatuh bangun UMNO di masa hadapan.
Sebelum ini, mantan ahli parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz, pernah mengatakan, siapa pun yang menjadi presiden UMNO, tetap akan menyokong Kerajaan Perpaduan.
Sebenarnya ada yang tersirat dari sebalik yang tersurat dari kenyataan mereka berdua.
Mereka berada dalam satu pasukan yang akan cuba menyingkirkan DS Zahid Hamidi dalam pemilihan parti yang akan datang.
Cuma persoalannya, siapakah sebenarnya yang akan diletakkan sebagai calon untuk menentang DS Zahid dalam perebutan kerusi presiden UMNO.
KJ sedar, beliau tidak akan mampu menentang DS Zahid untuk jawatan presiden UMNO.
Dan beliau sudah pun tewas dalam pemilihan parti pada tahun 2018.
Kemarahan akar umbi terhadap apa yang beliau lakukan semasa kempen PRU 15 di Sg Buloh masih lagi membara.
Benar, KJ mendapat sokongan dari anak muda.
Tetapi berapa ramai anak muda yang menyokong layak mengundi untuk pemilihan UMNO.
Dan tidak semua Pemuda UMNO memberikan sokongan kepada KJ, itu adalah fakta.
KJ sedar akan perkara ini.
Dan sebab itu dalam kenyataan beliau baru-baru ini beliau menggunakan perkataan ‘sekutu’ beliau.
Dari maklumat yang penulis terima, KJ hanya akan bertanding untuk jawatan Naib Presiden UMNO.
Adakah Hishamuddin Akan Mencabar DS Zahid?
Calon kedua yang dikatakan akan mencabar DS Zahid adalah ahli parlimen Sembrong, Hishamuddin Hussien.
Masalah yang dihadapi oleh Hishamuddin adalah beliau kurang mendapat sokongan di peringkat akar umbi.
Sokongan kepada Hishamuddin hanya bertumpu kepada bahagian dan cawangan UMNO di sebelah selatan.
Di kubu beliau sendiri, beliau gagal untuk mendapatkan sokongan padu.
Kerana tidak semua cawangan dan bahagian UMNO di sana memberikan sokongan, terutamanya di utara Johor dan Melaka.
Penolakan akar umbi UMNO terhadap beliau lebih besar dari sokongan yang beliau perolehi.
Ini adalah kerana Hishamuddin tidak dilihat sebagai pemimpin yang berwibawa.
Sikap beliau yang menyepikan diri dan menjadi perancang utama ahli parlimen UMNO melompat ke PPBM pasca PRU 14 masih lagi tidak boleh dimaafkan akar umbi.
Malah pendedahan oleh presiden PAS tentang perkara yang sama beliau lakukan selepas PRU 15 telah memburukkan keadaan.
Malah ada pemerhati politik berpendapat, sekiranya berlaku pertembungan dua hala antara DS Zahid dan Hishamuddin, DS Zahid akan menang dengan selesa.
Siapa Sebenarnya Pencabar DS Zahid Untuk Kerusi Presiden UMNO?
Dari beberapa sumber yang penulis terima, calon sebenar yang akan mencabar DS Zahid untuk jawatan presiden UMNO ialah ahli parlimen Titiwangsa, Johari Ghani.
Johari Ghani sememangnya diakui tidak mempunyai pengaruh yang kuat di peringkat akar umbi.
Tetapi untuk merebut jawatan presiden, beliau tidak keseorangan dan dilapurkan sudah bergerak secara berkumpulan.
Namun begitu, penulis difahamkan, tidak akan berlaku pertembungan dua hala untuk jawatan presiden UMNO.
Beberapa pemimpin UMNO dari kumpulan yang diyakini dapat mengurangkan undi DS Zahid juga akan menawarkan diri untuk bertanding.
Dengan sokongan dari penyokong tegar KJ, Hishamuddin, Annuar Musa, Shahidan Kassim, Noh Omar dan Tajuddin Rahman, peluang untuk Johari Ghani menang adalah cerah.
Sekiranya maklumat yang penulis terima ini adalah benar, maka sudah jelas, kem DS Zahid sedang menghalakan senjata kepada pihak yang salah.
Sedang mereka sibuk menyerang pemimpin yang kononnya akan merebut kerusi presiden, populariti Johari Ghani sedang diangkat di kalangan pemimpin akar umbi.
Hanya di saat akhir perkara yang sebenar akan didedahkan dan disedari oleh kem DS Zahid.
Dan ketika itu, usaha sebenar untuk menyelamatkan maruah UMNO sudah terlambat.
UMNO akan sekali lagi dibawa melutut kepada PPBM dan Muhyiddin.
Pemilihan UMNO: Hishamuddin Dan Khairy Hanya Sekadar ‘Diversion’ Untuk Melindungi Pencabar Zahid
Di Syorkan Untuk Anda:
- Doomsday Menanti PN Apabila Kotak Pandora Mula Di Buka
- DS Zahid Mesti Mendedahkan Segalanya Dalam Ucapan Dasar Presiden, Bukan Membawa Kisah Hikayat 1001 Malam Atau Syair Siti Zubaidah
- UMNO Bahagian Arau Di Gantung Tapi Hishamuddin Yang Termenung