Tortilla Wrap Ayam Panggang

Tortilla Wrap Ayam Panggang
Tortilla Wrap Ayam Panggang

 

Resepi Tortilla Wrap Ayam Panggang sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi atau makan malam. Jika anda tercari makanan yang simple dan mudah juga tidak terlalu ‘berat’ untuk dimakan,sila cuba resipi ni. Memang sedap dan tak susah pun untuk disediakan. Memang makanan kegemaran keluarga Che Nom ni 🙂

 

Bahan-bahan:

 



  • Bahan untuk wrap:
    • 6 keping roti tortila
    • Mayonis
  • Bahan untuk ayam panggang:
    • 2 keping ayam bahagian dada
    • 1 sudu kecil serbuk lada hitam, kisar kasar
    • 1 biji bawang putih, parut halus menjadi pes
    • 1/2 sudu kecil garam halus
    • 2 sudu besar minyak zaitun
  • Bahan untuk salad:
    • Kubis ungu, hiris sederhana nipis
    • Daun salad, hiris sederhana kecil
    • Ceri tomato, dibelah dua
    • Karot, diparut kasar
    • 1/2 batang timun (saya gunalan timun jepun)
  • Bahan untuk kuah salad:
    • 3 sudu besar minyak zaitun
    • 3 besar madu
    • 3 sudu besar perahan jus lemon
    • Secubit garam
    • Sedikit serbuk kasar lada hitam

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk ayam panggang:
    1. Belah dua dada ayam dan buka lebar, tapi pastikan tidak terputus dua.
    2. Perap ayam bersama lada hitam, bawang putih, garam dan minyak zaitun selama minimum 1/2 jam.
    3. Panggang dengan sedikit minyak di atas kuali non-stick pada kedua belah bahagian ayam sehingga masak.
    4. Angkat dan rehatkan selama 10 minit kemudian hiris nipis.
  2. Cara-cara untuk salad:
    1. Gaulkan semua daun salad bersama sayuran lain dan ketepikan.
    2. Dalam botol kecil, masukkan semua bahan untuk kuah salad dan goncangkan selama beberapa minit sehingga betul-betul sebati. Gaulkan kuah salad bersama bahan salad. Tuang sedikit dahulu, jika kering tambahkan sedikit demi sedikit.
  3. Cara untuk balutan salad (tortila wrap):
    1. Panaskan roti tortila di atas non-stick pan dalam 2-3 minit setiap sebelah bahagian.
    2. Sudukan salad ke atas tortila dan susun memanjang. Letakkan ayam dan mayonis, kemudian balut atau guling dengan kemas. Sedia untuk dihidang.

 

Tip:

 



  • Rendam dulu semua sayuran dan salad di dalam air ais selama 15-20 minit sebelum dikeringkan air menggunakan tisu dapur atau salad spinner (salad spinner adalah yang terbaik). Ini adalah untuk mendapatkan salad yang segar dan rangup.

Grill Chicken Wrap

Tortilla Wrap Ayam Panggang

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Hari ini yang dibicarakan bukan Najib Razak tapi mahkamah.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button